Connect with us

Antarabangsa

Imam masjid, keluarga diselamatkan komuniti Sikh dari serangan perusuh Hindu

Sehari selepas insiden rusuhan kaum tercetus di Nuh, Gurgaon dan beberapa kawasan lain di Haryana, sebuah masjid di Sohna dilaporkan diserang sekumpulan 70 hingga 100 lelaki pada Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Imam masjid, keluarga diselamatkan komuniti Sikh dari serangan perusuh Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sehari selepas insiden rusuhan kaum tercetus di Nuh, Gurgaon dan beberapa kawasan lain di Haryana, sebuah masjid di Sohna dilaporkan diserang sekumpulan 70 hingga 100 lelaki pada Selasa lalu.
  • Bagaimanapun, imam masjid, keluarganya dan sekumpulan 10 hingga 12 kanak-kanak yang berada di masjid itu telah diselamatkan komuniti Sikh di kawasan itu, demikian menurut penduduk tempatan.
  • Guddu Singh, 25, salah seorang penduduk Sikh yang membantu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk tempatan bahawa masjid di Sohna akan diserang.
  • “Di situ ada kanak-kanak. Kami tekad untuk campur tangan. Hanya ada sekitar 10-12 anggota polis, manakala kumpulan yang berkumpul di luar kawasan masjid mencapai ratusan orang,” kata Guddu yang juga seorang pelajar di Palwal.
  • Ketika kumpulan pelampau Hindu terus menghancurkan barangan dalam masjid, penduduk setempat menuju ke kuarters kediaman bersebelahan masjid untuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak terlebih dahulu.

Sehari selepas insiden rusuhan kaum tercetus di Nuh, Gurgaon dan beberapa kawasan lain di Haryana, sebuah masjid di Sohna dilaporkan diserang sekumpulan 70 hingga 100 lelaki pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, imam masjid, keluarganya dan sekumpulan 10 hingga 12 kanak-kanak yang berada di masjid itu telah diselamatkan komuniti Sikh di kawasan itu, demikian menurut penduduk tempatan.

Imam Kaleem, ahli keluarganya dan pelajar madrasah dilaporkan berada dalam kawasan itu apabila kumpulan perusuh Hindu mula menyerang masjid itu.

Guddu Singh, 25, salah seorang penduduk Sikh yang membantu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk tempatan bahawa masjid di Sohna akan diserang.

“Di situ ada kanak-kanak. Kami tekad untuk campur tangan. Hanya ada sekitar 10-12 anggota polis, manakala kumpulan yang berkumpul di luar kawasan masjid mencapai ratusan orang,” kata Guddu yang juga seorang pelajar di Palwal.

Ketika kumpulan pelampau Hindu terus menghancurkan barangan dalam masjid, penduduk setempat menuju ke kuarters kediaman bersebelahan masjid untuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak terlebih dahulu.

“Ramai kanak-kanak dan remaja, orang-orang kami mengambil kanak-kanak dan bergegas membawa mereka ke van,” kata Guddu.

Ketua kampung, Gurcharan Singh yang turut membantu menyelamat penganut Islam ketika itu berkata, “kami tak suka masuk campur urusan (orang lain) dan menyebabkan kemudaratan kepada mana-mana komuniti dan masyarakat. 

“Tetapi kami terpaksa campur tangan kerana ada nyawa terancam, orang kami menyelamatkan tepat pada masanya. Imam dan saudaranya, yang bersembunyi dalam sebuah bilik kecil turut diselamatkan. Bilik itu bersebelahan kawasan parkir tempat perusuh sedang memecahkan tingkap kereta,” katanya.

Pegawai polis Sohna, ACP Naveen Sindhu berkata terdapat orang di dalam masjid ketika insiden serangan itu.

“Tetapi tiada siapa yang cedera. Pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke tempat kejadian. Pelaku telah melarikan diri,” kata pegawai polis itu kepada Indian Express pada Selasa lalu.

Sumber: Indian Express

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *