Connect with us

Antarabangsa

Hantar kondom, pelincir dan produk ‘hygiene’ kepada tentera LGBT Ukraine – MP Trans UK

Satu-satunya Ahli Parlimen transgender United Kingdom (UK), Jamie Wallis mencadangkan supaya kondom, pelincir dan produk kebersihan (hygiene) dihantar kepada tentera LGBT Ukraine.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Hantar kondom, pelincir dan produk hygiene kepada tentera LGBT Ukraine – MP Trans UK
Foto: Ahli Parlimen transgender United Kingdom (UK), Jamie Wallis.
  • Satu-satunya Ahli Parlimen transgender United Kingdom (UK), Jamie Wallis mencadangkan supaya kondom, pelincir dan produk kebersihan (hygiene) dihantar kepada tentera LGBT Ukraine.
  • Ahli politik Welsh itu berkata penghantaran produk-produk itu seharusnya diterima Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky.
  • “Saya fikir mainan seks (mungkin) sesuatu yang sukar, tetapi apa-apa yang berkaitan dengan kebersihan atau pencegahan (penyakit kelamin) adalah apa yang sepatutnya, jadi kondom, pelincir, alat kebersihan, perkara seperti itu, sepatutnya tidak menjadi masalah,” kata Wallis.
  • Wallis membuat cadangan itu melalui panggilan zoom yang dipercayainya sedang diadakan bersama Garry Kasparov, seorang bekas chess grandmaster (juara catur), yang lantang bersuara menentang Russia.
  • Hakikatnya, panggilan zoom itu diadakan dengan dua pelawak terkenal Russia iaitu Voyan dan Lexus yang kemudiannya menyiarkan potongan perbualan mereka selama 16 minit atas talian pada Isnin lalu.

Satu-satunya Ahli Parlimen transgender United Kingdom (UK), Jamie Wallis mencadangkan supaya kondom, pelincir dan produk kebersihan (hygiene) dihantar kepada tentera LGBT Ukraine.

Ahli politik Welsh itu berkata penghantaran produk-produk itu seharusnya diterima Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky.

“Saya fikir mainan seks (mungkin) sesuatu yang sukar, tetapi apa-apa yang berkaitan dengan kebersihan atau pencegahan (penyakit kelamin) adalah apa yang sepatutnya, jadi kondom, pelincir, alat-alat kebersihan, perkara seperti itu, sepatutnya tidak menjadi masalah,” kata Wallis dipetik RT.

Beliau merasakan adalah lebih signifikan jika Presiden Zelensky sendiri yang menerima sumbangan itu.

Wallis membuat cadangan itu melalui panggilan zoom yang dipercayainya sedang diadakan bersama Garry Kasparov, seorang bekas chess grandmaster (juara catur), yang lantang bersuara menentang Russia.

Hakikatnya, panggilan zoom itu diadakan dengan dua pelawak terkenal Russia iaitu Voyan dan Lexus yang kemudiannya menyiarkan potongan perbualan mereka selama 16 minit atas talian pada Isnin lalu.

Kedua-dua pelawak itu dikatakan berjaya membuat Jamie mempromosikan ideologi songsang di sekolah, selain menerima luahan harapannya agar suatu masa kelak UK diketuai seorang Perdana Menteri dari golongan transgender.

Kiev terbuka dengan penerimaan ideologi LGBT Amerika Syarikat dan sekutunya yang setakat ini menyumbang lebih $100 bilion bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Ukraine sejak Februari 2022.

Sumber: RT

Author