Connect with us

Antarabangsa

Diskriminasi dalam polisi pengambilan pekerja, kerajaan AS saman SpaceX

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkata ia menyaman SpaceX milik Elon Musk dengan mendakwa firma roket itu melakukan diskriminasi terhadap pelarian dan pencari suaka dalam dasar pengambilan pekerjanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Diskriminasi dalam polisi pengambilan pekerja, kerajaan AS saman SpaceX
Foto: Pejabat SpaceX.
  • Jabatan Kehakiman (DOJ) AS berkata ia menyaman SpaceX milik Elon Musk dengan mendakwa firma roket itu melakukan diskriminasi terhadap pelarian dan pencari suaka dalam dasar pengambilan pekerjanya. 
  • DOJ berkata SpaceX membuat kenyataan palsu bahawa ia tidak membenarkan untuk mengupah warga bukan AS. 
  • Siasatan DOJ juga mendapati perekrut SpaceX dan pegawai tinggi mengambil tindakan secara aktif untuk tidak menggalakkan pemegang suaka dan pelarian daripada mencari peluang kerja di syarikat itu. 

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkata ia menyaman SpaceX milik Elon Musk dengan mendakwa firma roket itu melakukan diskriminasi terhadap pelarian dan pencari suaka dalam dasar pengambilan pekerjanya. 

DOJ berkata SpaceX membuat kenyataan palsu bahawa ia tidak membenarkan untuk mengupah warga bukan AS. 

Siasatan terhadap SpaceX dilakukan DOJ ekoran dakwaan diskriminasi kepada pekerja asing. 

Menurut laporan BBC News, Spacex telah dihubungi pihak terbabit untuk mendapatkan komen.

Penolong Peguam Negara, Bahagian Hak Sivil DOJ, Kristen Clarke berkata penyiasatannya mendapati SpaceX gagal mempertimbangkan atau mengupah pekerja dan pelarian secara adil kerana status kewarganegaraan mereka dan mengenakan apa yang dianggap sebagai larangan ke atas pengambilan pekerja tanpa mengira kelayakan mereka, yang melanggar undang-undang persekutuan. 

Katanya, siasatan DOJ juga mendapati perekrut SpaceX dan pegawai tinggi mengambil tindakan secara aktif untuk tidak menggalakkan pemegang suaka dan pelarian daripada mencari peluang kerja di syarikat itu. 

Sumber: BBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *