Connect with us

Antarabangsa

California mahu tamatkan polisi ‘notifikasi ibu bapa’ anak tukar jantina

Peguam Negeri California, Rob Bonta pada Isnin memfailkan tuntutan mahkamah terhadap daerah sekolah Chino untuk menamatkan polisi parent notification (notifikasi ibu bapa) kerana mendiskriminasi dan  melanggar hak sivil dan undang-undang privasi. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

California mahu tamatkan polisi ‘notifikasi ibu bapa’ anak tukar jantina
Foto: Ibu bapa menghadiri mesyuarat lembaga sekolah Murrieta.
  • Peguam Negeri California, Rob Bonta pada Isnin memfailkan tuntutan mahkamah terhadap daerah sekolah Chino untuk menamatkan polisi parent notification (notifikasi ibu bapa) kerana mendiskriminasi dan  melanggar hak sivil dan undang-undang privasi. 
  • Polisi parent notification adalah dasar pemberitahuan kepada ibu bapa jika anak mereka menukar identiti jantina. 
  • Tuntutan mahkamah itu memberitahu polisi “parent notification” yang dicadangkan majoriti daerah konservatif di California meletakkan pelajar transgender dan pelajar lain dalam bahaya dan berpotensi mengusir mereka dari rumah tanpa persediaan.
  • Bagaimanapun, jurucakap Kesatuan Sekolah Daerah Chino (CVUSD), Andi Johnston berkata bahawa polisi itu “melindungi pelajar transgender” daripada bahaya atau dicederakan di rumah kerana identiti jantina mereka. 

SACRAMENTO – Peguam Negeri California, Rob Bonta pada Isnin memfailkan tuntutan mahkamah terhadap daerah sekolah Chino untuk menamatkan polisi parent notification (notifikasi ibu bapa) kerana mendiskriminasi dan  melanggar hak sivil dan undang-undang privasi. 

Polisi parent notification adalah dasar pemberitahuan kepada ibu bapa jika anak mereka menukar identiti jantina. 

Tuntutan mahkamah itu memberitahu polisi “parent notification” yang dicadangkan majoriti daerah konservatif di California meletakkan pelajar transgender dan pelajar lain dalam bahaya dan berpotensi mengusir mereka dari rumah tanpa persediaan.

Pada masa sama, tuntutan mahkamah itu menyatakan pihak terbabit takut akan polisi tersebut yang memaksa mereka untuk membuat pilihan sama ada berundur dari hak yang dilindungi perlembagaan dan undang-undang identiti jantina dan ekspresi atau menghadapi risiko kecederaan emosi, fizikal, psikologi dari penolakkan ibu bapa dan penjaga. 

Tuntutan mahkamah itu juga meminta Mahkamah Tinggi Daerah San Bernardio untuk segera mengharamkan amalan itu.  

Jurucakap Kesatuan Sekolah Daerah Chino (CVUSD), Andi Johnston berkata polisi itu “melindungi pelajar transgender”. 

Menurut beliau, kakitangan sekolah akan memberitahu perkhidmatan perlindungan kanak-kanak atau penguatkuasaan undang-undang jika pelajarnya dipercayai berada dalam bahaya atau dicederakan di rumah kerana identiti jantina mereka. 

Dalam keadaan ini, kakitangan CVUSD tidak akan memberitahu ibu bapa atau penjaga, sebaliknya menunggu agensi yang sesuai untuk menyelesaikan siasatan mereka berhubung kebimbangan yang dikongsi oleh pelajar,” kata Johnston dalam e-mel dipetik Los Angeles Times. 

Tuntutan mahkamah itu dibuat ketika berlangsungnya mesyuarat lembaga sekolah berhubung dasar dan isu politik lain seperti teori perlumbaan kritikal dan buku teks inklusif LGBTQ+. 

Minggu lalu, lebih 100 penunjuk perasaan menentang pendidikan LGBTQ+ berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles ke ibu pejabat LA Unified School District. 

Sumber: Los Angeles Times 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *