Connect with us

Terkini

4,730 pendatang asing di Sabah dihantar pulang ke negara asal – Hajiji

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Wartawan TMT

Published

on

4,730 pendatang asing di Sabah dihantar pulang ke negara asal - Hajiji
Foto: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
  • Beliau berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah.
  • “Penghantaran itu adalah melalui udara, darat dan laut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Aliakbar Gulasan yang ingin tahu jumlah pendatang haram di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

KOTA KINABALU, 22 Ogos (BERNAMA) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah.

“Penghantaran itu adalah melalui udara, darat dan laut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Aliakbar Gulasan yang ingin tahu jumlah pendatang haram di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Hajiji berkata daripada jumlah yang masih ditahan di Depot Imigresen itu, seramai 3,115 orang merupakan warganegara Filipina, Indonesia (700), Pakistan (6), Vietnam (5), India (2), Thailand (1) dan 10 orang tidak mempunyai kewarganegaraan.

Katanya jumlah warga asing yang melalui pintu masuk yang diwartakan di Sabah sama ada melalui udara, laut dan darat untuk enam bulan pertama tahun ini ialah 288,286 orang melalui laluan antarabangsa dan lebih 1.95 juta melalui laluan domestik.

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending