Connect with us

Terkini

Tegur rakan sebar video lucah, ibu dakwa anak hampir lumpuh ditendang di kepala

Seorang pelajar didakwa hampir lumpuh akibat ditendang rakan sekelas hanya kerana menegur rakannya menyebarkan video lucah ke dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tegur rakan sebar video lucah, ibu dakwa anak hampir lumpuh ditendang di kepala
Foto: Gambar mangsa, Fikry ketika ditahan di wad (kiri).
  • Seorang pelajar didakwa hampir lumpuh akibat ditendang rakan sekelas hanya kerana menegur rakannya menyebarkan video lucah ke dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
  • Dakwaan itu dibuat ibu mangsa, menerusi hantaran di Facebook Malik ElFikry, yang turut memaklumkan laporan polis telah dibuat susulan insiden terbabit.
  • Ibu mangsa memberitahu insiden membabitkan anaknya diketahui menerusi warden asrama yang menyatakan anaknya menjadi ‘paralyzed’ dan tidak dapat menggerakkan badan kerana kepalanya ditendang rakan sekelas.
  • “Fikry, my sweet little boy...bagi yang mengenali Fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.
  • “Hanya bermula apabila Fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group WhatsApp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi),” kata ibu mangsa di Facebook pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar didakwa hampir lumpuh akibat ditendang rakan sekelas hanya kerana menegur rakannya menyebarkan video lucah ke dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Dakwaan itu dibuat ibu mangsa, menerusi hantaran di Facebook Malik ElFikry, yang turut memaklumkan laporan polis telah dibuat susulan insiden terbabit.

Ibu mangsa memberitahu insiden membabitkan anaknya diketahui menerusi warden asrama yang menyatakan anaknya menjadi ‘paralyzed’ dan tidak dapat menggerakkan badan kerana kepalanya ditendang rakan sekelas.

Menyifatkan insiden itu sebagai mimpi buruk, ibu mangsa berkata sukar baginya untuk menerima dan melihat anak orang lain memperlakukan anaknya diperlakukan sesuka hati.

“Fikry, my sweet little boy...bagi yang mengenali Fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

“Hanya bermula apabila Fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group WhatsApp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).

“Mujur Allah pelihara Fikry, doktor kata kalau tendangan itu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” katanya pada Selasa.

Ibu mangsa berkata Fikry ketika ini (semalam) kembali boleh menggerakkan anggota badannya iaitu tangan dan kaki.

Bagaimanapun ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman yang berkemungkinan dihadapi akibat daripada insiden malang itu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Malik ElFikry

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *