Terkini
Tambah baik sistem perundangan negara adalah keperluan mendesak – MCW
Sistem perundangan perlu ditambah baik segera untuk memastikan keadilan dan keberkesanan dalam sistem kehakiman negara.
- Sistem perundangan perlu ditambah baik segera untuk memastikan keadilan dan keberkesanan dalam sistem kehakiman negara.
- Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan, perkara tersebut adalah antara beberapa keperluan mendesak yang perlu segera dilakukan oleh kerajaan melalui reformasi undang-undang.
- “Ini termasuk penyediaan sumber manusia dan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk mahkamah, pengurangan kelewatan dalam proses undang-undang dan pembaharuan dalam pendekatan kepada pembebasan bersyarat dan alternatif kepada hukuman penjara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
- Perlindungan hak asasi manusia perlu dikuatkuasakan manakala undang-undang berpotensi menindas atau membatasi kebebasan individu seharusnya dimansuhkan.
- “Ini termasuk pemantauan dan pemeriksaan semula undang-undang yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berkumpul dan beragama,” jelasnya.
- MCW turut mencadangkan agar kerajaan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem perundangan termasuk meningkatkan pemantauan terhadap tindakan pihak berkuasa, mengurangkan ruang berlaku rasuah dalam sistem perundangan dan memastikan proses undang-undang yang terbuka.
KUALA LUMPUR – Sistem perundangan perlu ditambah baik segera untuk memastikan keadilan dan keberkesanan dalam sistem kehakiman negara.
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan, perkara tersebut adalah antara beberapa keperluan mendesak yang perlu segera dilakukan oleh kerajaan melalui reformasi undang-undang.
“Ini termasuk penyediaan sumber manusia dan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk mahkamah, pengurangan kelewatan dalam proses undang-undang dan pembaharuan dalam pendekatan kepada pembebasan bersyarat dan alternatif kepada hukuman penjara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
MCW mengulas mengenai usaha reformasi perundangan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia, Isnin lalu.
Selain itu, MCW menambah, perlindungan hak asasi manusia perlu dikuatkuasakan manakala undang-undang yang berpotensi menindas atau membatasi kebebasan individu seharusnya dimansuhkan.
“Ini termasuk pemantauan dan pemeriksaan semula undang-undang yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berkumpul dan beragama,” jelasnya.
MCW turut mencadangkan agar kerajaan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem perundangan termasuk meningkatkan pemantauan terhadap tindakan pihak berkuasa, mengurangkan ruang berlaku rasuah dalam sistem perundangan dan memastikan proses undang-undang yang terbuka.
Badan itu menambah, sistem Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu ditambah baik termasuk dari segi proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya.
“SPRM boleh diberi kuasa autonomi serta diiktiraf sebagai sebuah badan berperlembagaan sendiri di bawah Parlimen,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, MCW menggesa agar proses penggubalan Akta Dana Politik yang mula dirangka pada 2017 dilaksanakan segera.
“Undang-undang mengenai pendanaan politik yang lebih ketat dan telus akan membantu mencegah penyalahgunaan kuasa, mengawal pengaruh kewangan dalam politik dan memastikan proses politik yang lebih adil dan demokratik,” jelasnya.
MCW juga berpendapat, syor untuk memperluaskan Sekyen 17A Akta SPRM berkaitan liabiliti korporat kepada penjawat awam adalah usaha penting bagi mengawal budaya rasuah yang semakin berleluasa.
Sumber: MalaysiaGazette