Connect with us

Antarabangsa

Siasat serangan ke atas gadis Islam kulit hitam di Kanada sebagai jenayah kebencian

Majlis Kebangsaan Muslim Kanada menuntut Polis Winnipeg menyiasat serangan ke atas seorang wanita muda Islam berkulit hitam di bandar di Kanada itu sebagai jenayah kebencian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Siasat serangan ke atas gadis Islam kulit hitam di Kanada sebagai jenayah kebencian
Foto: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kebangsaan Muslim Kanada, Aasiyah Khan.
  • Majlis Kebangsaan Muslim Kanada menuntut Polis Winnipeg menyiasat serangan ke atas seorang wanita muda Islam berkulit hitam di bandar di Kanada itu sebagai jenayah kebencian.
  • Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif majlis itu, Aasiyah Khan mempersoalkan mengapa penyerang dalam insiden terbabit didakwa atas tuduhan serangan berbahaya berbanding tuduhan cubaan membunuh.
  • Pada petang 8 Jun lalu, seorang lelaki berulang kali menikam seorang gadis berusia 18 tahun tidak dikenali yang bekerja di dalam Olive Garden
  • Berdasarkan kenyataan mangsa yang dibacakan Aasiyah, penyerang memerhatikan mangsa sebelum keluar dari restoran (lokasi insiden) dan kembali untuk menikam gadis itu di leher, badan dan tangan, hinggalah campur tangan saksi untuk menghentikan serangan itu. 
  • Mangsa adalah satu-satunya individu memakai hijab dalam restoran lokasi serangan itu.

Majlis Kebangsaan Muslim Kanada menuntut Polis Winnipeg menyiasat serangan ke atas seorang wanita muda Islam berkulit hitam di bandar di Kanada itu sebagai jenayah kebencian.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif majlis itu, Aasiyah Khan mempersoalkan mengapa penyerang dalam insiden terbabit didakwa atas tuduhan serangan berbahaya berbanding tuduhan cubaan membunuh.

Pada petang 8 Jun lalu, seorang lelaki berulang kali menikam seorang gadis berusia 18 tahun tidak dikenali yang bekerja di dalam Olive Garden

Mangsa serangan kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan tidak stabil, lapor CBC News dipetik Yahoo News.

Aasiyah Khan pada sidang akhbar pada Selasa lalu berkata majlis itu bersatu “dalam solidariti dengan salah satu daripada kita sendiri.”

“Jangan silap,” kata Aasiyah dipetik CBC sebelum menambah, “kita mungkin datang ke pengebumian hari ini”.

Dalam pada itu, polis mendakwa Robert Alan Ingram, 27, menyerang mangsa secara rawak tanpa sebab.

Robert dituduh melakukan serangan teruk, memiliki senjata dan melanggar perintah percubaan.

Aasiyah berkata pertubuhan komuniti Islam mempertikaikan insiden itu tindakan rambang dan menuntut siasatan lanjut untuk melihat sama ada ia disasarkan atau didorong oleh jenayah kebencian.

Berdasarkan kenyataan mangsa yang dibacakan Aasiyah, penyerang memerhatikan mangsa sebelum keluar dari restoran (lokasi insiden) dan kembali untuk menikam gadis itu di leher, badan dan tangan, hinggalah campur tangan saksi untuk menghentikan serangan itu.  

Mangsa adalah satu-satunya individu yang memakai hijab dalam restoran lokasi serangan itu.

Sumber: Yahoo! News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *