Connect with us

Antarabangsa

Raba kurang 10 saat tidak dikira gangguan seksual

Rakyat Itali berang dengan keputusan hakim yang memutuskan sentuhan yang tidak diingini tidak dikira sebagai jenayah seksual selagi ia berlaku kurang dari 10 saat, demikian lapor New York Post.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Raba kurang 10 saat tidak dikira gangguan seksual
Foto: Tangkap layar video rakyat Itali meraba diri sendiri.
  • Rakyat Itali berang dengan keputusan hakim yang memutuskan sentuhan yang tidak diingini tidak dikira sebagai jenayah seksual selagi ia berlaku kurang dari 10 saat.
  • Mereka membuat hantaran video di media sosial menunjukkan betapa lamanya tempoh 10 saat bagi seseorang yang diraba.
  • Terdahulu, seorang penjaga di sebuah sekolah tinggi di Rom, Antonio Avola, 66, mengaku meraba seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.
  • Bagaimanapun, dia Antonio dibebaskan atas alasan perbuatannya kurang dari 10 saat.

Rakyat Itali berang dengan keputusan hakim yang memutuskan sentuhan yang tidak diingini tidak dikira sebagai jenayah seksual selagi ia berlaku kurang dari 10 saat, demikian lapor New York Post.

Keputusan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mengaku meraba seorang gadis sekolah, namun dibebaskan kerana mendakwa perbuatannya hanya satu gurauan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, rakyat Itali bertindak membuat hantaran video di media sosial sebagai satu bentuk bantahan.

Menerusi video itu, mereka dilihat meraba dada, payudara atau punggung mereka di samping jam randik yang sedang mengira tempoh 10 saat.

Mereka berhenti melakukan perbuatan itu di saat jam randik itu hampir melengkapi tempoh 10 saat, membuktikan betapa lamanya tempoh itu untuk mengganggu seseorang.

Video itu dimuat naik ke Instagram dan Tiktok dengan tanda pagar #10secondi dan ‘palpata breve’ yang bermaksud ‘rabaan singkat’.

Terdahulu, seorang penjaga di sebuah sekolah tinggi di Rom, Antonio Avola, 66, mengaku meraba seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

Kejadian berlaku pada April 2022 ketika pelajar itu sedang berjalan ke kelas bersama rakannya telah diekori Antonio.

Antonio kemudian bertindak melondehkan seluar pelajar itu, menyeluk seluar dalamnya untuk meraba punggungnya.

Dia kemudiannya berkata yang dia cuma bergurau kepada pelajar yang sedang terkejut itu.

Pendakwa raya Rom menuntut hukuman penjara hampir empat tahun dan sabitan serangan seksual terhadap Antonio.

Bagaimanapun, seorang hakim menolak pertuduhan dan memutuskan Antonio tidak bersalah pada minggu ini dengan hujah yang sentuhan itu tidak dikira sebagai jenayah memandangkan ia berlaku kurang dari 10 saat.

Sumber: New York Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *