Terkini
PSM seru kukuhkan perjuangan LGBTQ+ tempatan
Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSMP) menyeru komuniti LGBTQ+ di Malaysia bersatu padu demi memperkukuh perjuangan songsang untuk meraih ‘keadilan’.
- Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru komuniti LGBTQ+ di Malaysia bersatu padu demi memperkukuh perjuangan songsang untuk meraih ‘keadilan’.
- Menerusi satu ciapan bebenang di Twitter rasmi Pemuda Sosialis hari ini, mereka berkongsi satu siri poster berjudul “Kesatuan dalam Perjuangan untuk Keadilan: Kelas, Ras, Gender, dan Seksualiti”.
- “Menginsafi bahawa semua parti di setiap pelusuk arena politik Malaysia sedang bertanding menjadi yang paling busuk hati, komuniti LGBTQ+ tempatan harus sedar yang pembebasan bukan diberi, tetapi diperjuangkan,” – Pemuda Sosialis
Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru komuniti LGBTQ+ di Malaysia bersatu padu demi memperkukuh perjuangan songsang untuk meraih ‘keadilan’.
Menerusi satu ciapan bebenang di Twitter rasmi Pemuda Sosialis hari ini, mereka berkongsi satu siri poster berjudul “Kesatuan dalam Perjuangan untuk Keadilan: Kelas, Ras, Gender, dan Seksualiti”.
“Menginsafi bahawa semua parti di setiap pelusuk arena politik Malaysia sedang bertanding menjadi yang paling busuk hati, komuniti LGBTQ+ tempatan harus sedar yang pembebasan bukan diberi, tetapi diperjuangkan.
“Kita perlu mencontohi perjuangan orang terdahulu dan membina revolusi sendiri bersama kaum tertindas yang lain. Hanya kesatuan dalam bertindak akan melahirkan dunia yang adil buat kita semua” katanya menerusi poster itu.
Poster itu turut menyeru agar komuniti tersebut tidak melupakan permulaan radikal Pride sebagai protes dan solidariti bersama golongan dan negara terpinggir.
Gerakan queer secara besar-besaran telah diatur sebagai respon kepada kejadian ‘Lavender Scare’ pada 1950, dimana kerajaan Amerika Syarikat (AS) memecat sejumlah besar pekerja homoseksual atau disyaki homoseksual.
Di United Kingdom pula, dua golongan yang ditindas ketika itu, pelombong dan LGBTQ+ dilihat saling menyokong antara satu sama lain apabila Lesbian dan Gay Menyokong Pelombong (LGSM) ditubuhkan pada 1984 dan pelombong pula turut serta dalam perarakan Pride 1985.
Sumber: Twitter Pemuda Sosialis