Connect with us

Terkini

NGO kesihatan mula tindakan undang-undang cabar pengecualian nikotin dari Akta Racun

Tiga pertubuhan kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

NGO kesihatan mula tindakan undang-undang cabar pengecualian nikotin dari Akta Racun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga pertubuhan kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.
  • Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Pertubuhan Green Lung Malaysia serta persatuan hak asasi kanak-kanak, Voice Of The Children Sdn Bhd selaku pemohon menamakan dua responden iaitu Kementerian Kesihatan dan kerajaan melalui firma guaman Kanesalingam & Co pada 30 Jun lalu.
  • Ketiga-tiga pemohon menyatakan bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu, membuat Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 selepas berunding dengan Lembaga Racun.

Kuala Lumpur: Tiga pertubuhan kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Pertubuhan Green Lung Malaysia serta persatuan hak asasi kanak-kanak, Voice Of The Children Sdn Bhd selaku pemohon menamakan dua responden iaitu Kementerian Kesihatan dan kerajaan melalui firma guaman Kanesalingam & Co pada 30 Jun lalu.

Ketiga-tiga pemohon menyatakan bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu, membuat Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 selepas berunding dengan Lembaga Racun.

“Perintah yang dipertikaikan membuat dua pengecualian lanjut kepada klasifikasi nikotin sebagai racun iaitu dua pengecualian lanjut kepada klasifikasi nikotin iaitu persediaan bahan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel.

“Pengecualian itu membenarkan rokok elektronik dan produk vape dengan nikotin dijual secara terbuka dan sah di sisi undang-undang kepada sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 18 tahun, tanpa peraturan atau kawalan.

“Ini juga dilaksanakan walaupun terdapat bukti yang berlambak mengenai bahayanya peranti merokok elektronik dan cecair vape, serta peningkatan kemungkinan vape membawa kepada ketagihan nikotin dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, Lembaga Racun sebulat suara mengundi bertentangan pengecualian yang dipertikaikan atas alasan perubatan dan kesihatan.

“Pengecualian itu bagi membenarkan duti eksais dikenakan ke atas rokok elektronik dan cecair vape mengandungi nikotin. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan, kemudian melaksanakan duti eksais 40 sen setiap mililiter ke atas rokok elektronik dan cecair vape mengandungi nikotin mulai 1 April 2023, dan pengilang dikehendaki mendaftarkan aktiviti pengilangan dengan Jabatan Kastam selewat-lewatnya pada 30 April.

“Pada masa sama, KKM menyatakan ketika pentadbiran sebelum ini dan ketika Zaliha memegang jawatan, undang-undang akan diperkenalkan bagi menamatkan penggunaan produk tembakau dengan mengehadkan penjulannya kepada kanak-kanak, dengan itu menamatkan ketagihan nikotin generasi semasa,” katanya.

Katanya, selain itu, undang-undang dan peraturan atas rokok elektronik dan vape membenarkan secara sah di sisi undang-undang bahawa apa-apa tahap kandungan nikotin yang terdapat dalam produk itu.

“Nikotin adalah beracun pada 60 miligram (mg) setiap mililiter (ml) (enam peratus) kepekatan. Paket biasa rokok di Malaysia biasanya mengandungi 20 mg nikotin, dengan setiap batang mengandungi 1.0 mg nikotin.

“Akan tetapi, produk pakai buang nikotin atau pod vape dengan 30 mg setiap ml (tiga peratus) hingga 50 mg setiap ml (lima peratus) nikotin kini tersedia di pasaran Malaysia.

“Patut diambil kira bahawa peranti nikotin lima peratus tidak ada di negara yang mengawal vape seperti United Kingdom, Australia, Indonesia, United States dan New Zealand (maksimum: 20mg setiap ml (dua peratus) hingga 30 mg setiap ml (tiga peratus),” katanya.

Oleh itu, pemohon berkata, mereka memohon kebenaran itu kerana menteri bertindak secara salah di sisi undang-undang, secara tidak rasional kerana beliau yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan awam sebenarnya gagal dalam tugasnya.

Menurut mereka, dalam realiti, tindakan menteri memudaratkan kesihatan awam, secara khususnya terhadap kanak-kanak yang paling terdedah dalam masyarakat.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *