Connect with us

Antarabangsa

Nasib puluhan rakyat Palestin diculik di Jenin masih tidak diketahui

Persatuan Banduan Palestin (PPS) melahirkan kebimbangan serius mengenai nasib puluhan rakyat Palestin yang diculik tentera sejak serangan di Jenin bermula Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nasib puluhan rakyat Palestin diculik di Jenin masih tidak diketahui
Foto: Gambar tentera Israel menyerang penduduk Palestin di Jenin di Tebing Barat.
  • Persatuan Banduan Palestin (PPS) melahirkan kebimbangan serius mengenai nasib puluhan rakyat Palestin yang diculik tentera sejak serangan di Jenin bermula Isnin.
  • Menurut laporan IMEMC News, PPS juga melahirkan kebimbangan itu kerana tiada maklumat mengenai keberadaan atau kesejahteraan mereka.
  • PPS berkata walaupun tentera menyatakan mereka menculik 120 rakyat Palestin di Jenin sejak serangan rejim Israel ke atas Jenin, namun angka diisytiharkan adalah tidak tepat.
  • PPS berkata disebabkan serangan besar-besaran Israel yang berterusan di kem pelarian Jenin dan kemusnahan besar-besaran rumah, jalan dan harta benda, kebimbangan itu semakin meningkat mengenangkan nasib berpuluh-puluh rakyat Palestin yang diculik.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) melahirkan kebimbangan serius mengenai nasib puluhan rakyat Palestin yang diculik tentera sejak serangan di Jenin bermula Isnin.

Menurut laporan IMEMC News, PPS juga melahirkan kebimbangan itu kerana tiada maklumat mengenai keberadaan atau kesejahteraan mereka.

PPS berkata walaupun tentera menyatakan mereka menculik 120 rakyat Palestin di Jenin sejak serangan rejim Israel ke atas Jenin, namun angka diisytiharkan adalah tidak tepat.

Selain itu, tidak ada maklumat tentang keadaan mangsa, berapa ramai daripada mangsa ditembak sebelum diculik atau sebarang maklumat penting tentang nasib mangsa serta pusat tahanan dan soal siasat di mana mangsa mungkin dihantar.

“Kami juga tidak dapat berkomunikasi dengan keluarga mereka yang diculik di kem pelarian Jenin kerana serangan dan pengepungan Israel yang berterusan serta kami tidak dapat memperoleh sebarang maklumat mengenai mereka.

 “Tentera Israel hanya bercakap tentang jumlah nombor tetapi gagal memberikan sebarang maklumat lanjut,” kata PPS dalam satu kenyataan.

PPS berkata disebabkan serangan besar-besaran Israel yang berterusan di kem pelarian Jenin dan kemusnahan besar-besaran rumah, jalan dan harta benda, kebimbangan itu semakin meningkat mengenangkan nasib berpuluh-puluh rakyat Palestin yang diculik.

Dalam pada itu, mereka menyeru Persatuan Palang Merah Antarabangsa dan semua organisasi berkaitan untuk campur tangan dan menekan Israel memberikan maklumat tentang tahanan, termasuk jumlah sebenar mangsa, keadaan kesihatan mangsa dan kemudahan tempat mangsa ditahan.

Tentera hanya mengatakan salah seorang warga Palestin yang diculik, ditembak tentera sebelum membawanya sebagai tawanan, telah meninggal dunia di pusat perubatan Israel Rambam.

Namun rejim tidak memberikan sebarang butiran atau maklumat lanjut mengenai insiden itu.

Sumber: IMEMC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *