Connect with us

Antarabangsa

Masjid Nabawi sedia perkhidmatan kepada lebih 52,000 pengunjung selepas musim haji

Presiden Umum Hal Ehwal Masjid Nabawi menyediakan perkhidmatan kepada lebih 52,000 pengunjung yang datang ke Madinah selepas musim haji. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid Nabawi sedia perkhidmatan kepada lebih 52,000 pengunjung selepas musim haji
Foto: Gambar perkhidmatan pengangkutan yang disediakan di antara pintu Masjid Nabawi dan halaman. 
  • Presiden Umum Hal Ehwal Masjid Nabawi menyediakan perkhidmatan kepada lebih 52,000 pengunjung yang datang ke Madinah selepas musim haji. 
  • Beliau berkata lebih 7.5 juta jemaah solat di Masjid Nabawi dalam tempoh 16 Julai hingga 23 Julai, dilengkapi semua perkhidmatan lengkap, termasuk mengatur kemasukan ke Raudhah di Masjid Nabawi.
  • Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk perkhidmatan bimbingan, penterjemah, dan kerusi roda untuk 20,038 jemaah warga emas dan orang kurang upaya. 
  • Lebih 18,000 pengunjung juga berkesempatan melawat Perpustakaan Masjid Nabawi.

RIYADH – Presiden Umum Hal Ehwal Masjid Nabawi menyediakan perkhidmatan kepada lebih 52,000 pengunjung yang datang ke Madinah selepas musim haji. 

Beliau berkata lebih 7.5 juta jemaah solat di Masjid Nabawi dalam tempoh 16 Julai hingga 23 Julai, dilengkapi semua perkhidmatan lengkap, termasuk mengatur kemasukan ke Raudhah di Masjid Nabawi.

Turut direkodkan adalah 496,533 pengunjung hadir memberi penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya sementara 123,301 jemaah solat di Raudhah. 

Arab News melaporkan perkhidmatan lain disediakan termasuk perkhidmatan bimbingan, penterjemah dan kerusi roda untuk 20,038 jemaah warga emas dan orang kurang upaya. 

Dalam tempoh tujuh hari lalu, seramai 7,536,737 jemaah menunaikan solat di Masjid Nabawi, 41,660 jemaah mengikuti pelajaran ditawarkan dalam bidang perundangan dan kesedaran, 102,859 jemaah dari pelbagai bangsa mendapat manfaat daripada khidmat turun padang, 9,831 pelawat diberi bimbingan agama dan 7,397 diberi perkhidmatan dari pelbagai saluran komunikasi. 

Seramai 5,753 pengunjung menyaksikan peringkat pembinaan dan perluasan dua masjid suci di pameran seni bina Masjid Nabawi. 

Lebih daripada 18,000 pengunjung pula berkesempatan melawat Perpustakaan Masjid Nabawi. 

Sebanyak 72,672 bungkusan air Zamzam diagihkan sebagai tambahan kepada 55,825 hidangan sarapan kepada jemaah berpuasa, manakala 159,916 warga emas menggunakan perkhidmatan pengangkutan dengan kenderaan elektrik dan kerusi roda antara  pintu masjid dan halaman. 

Lebih daripada 652,862 ribu jemaah tiba di Madinah selepas menunaikan ibadah haji.  494,222 jemaah berangkat ke negara mereka melalui jalan darat dan udara. Manakala, 158,640 jemaah masih berada di Madinah buat masa ini. 

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *