Connect with us

Terkini

Mahkamah tolak permohonan Loh gantung prosiding perintah variasi MAIPS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk menggantung prosiding permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) yang memohon perintah variasi terhadap ketiga-ketiga anak muallaf. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Mahkamah tolak permohonan Loh gantung prosiding perintah variasi MAIPS
Foto: Ibu tunggal, Loh Siew Hong.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk menggantung prosiding permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) yang memohon perintah variasi terhadap ketiga-ketiga anak muallaf. 
  • Hakim Evrol Mariette Peters membuat keputusan menolak tanpa kos terhadap permohonan Loh bagi menggantung prosiding terhadap MAIPS di sini.  
  • Penolakan itu berikutan daripada permohonan MAIPS pada 17 Februari lalu, memfailkan permohonan perintah variasi (variation order) supaya MAIPS dapat memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga kanak-kanak tersebut di samping memastikan kebajikan kanak-kanak mualaf terbabit terjaga. 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk menggantung prosiding permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) yang memohon perintah variasi terhadap ketiga-ketiga anak muallaf. 

Hakim Evrol Mariette Peters membuat keputusan menolak tanpa kos terhadap permohonan Loh bagi menggantung prosiding terhadap MAIPS di sini.  

Loh Siew Hong diwakili peguam Gunamalar a/p Joorindanjn dan Thian Yee Chin, manakala MAIPS diwakili peguam Aidil Khalid, Danial Farhan dan Hariz Yusof.  

Penolakan itu berikutan daripada permohonan MAIPS pada 17 Februari lalu yang memfailkan permohonan perintah variasi (variation order) supaya MAIPS dapat memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga kanak-kanak tersebut di samping memastikan kebajikan kanak-kanak mualaf terbabit terjaga. 

Pada 5 April lalu, permohonan MAIPS itu ditentang Loh atas alasan bahawa kes permohonan untuk mencelah MAIPS hendaklah dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengesahkan pengislaman ketiga-tiga anak ibu tunggal dan memutuskan bahawa mereka telah memeluk Islam secara sah mengikut undang-undang negeri Islam Perlis dengan afidavit pihak berkuasa Islam negeri mengesahkan kanak-kanak itu mengucap kalimah syahadah pada 2020. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *