Antarabangsa
Lelaki mencuri duit tokong setelah patung tunjuk “OK”
Seorang lelaki yang mencuri duit dari tabung derma di sebuah tokong mendakwa dia telah “bertanya” kepada patung Bodhisattva sebelum mencuri dan patung itu memberi isyarat tangan “OK”.
- Seorang lelaki yang mencuri duit dari tabung derma di sebuah tokong mendakwa dia telah “bertanya” kepada patung Bodhisattva sebelum mencuri dan patung itu memberi isyarat tangan “OK”.
- Menurut laporan di 163.com, kejadian itu berlaku di sebuah tokong di Daerah Yiyang, China pada 8 Julai lalu.
- Setelah siasatan, lelaki yang bernama Ye itu ditahan. Ye berkata kepada polis bahawa dia “meminjam” duit itu selepas menyembah patung Bodhisattva.
Seorang lelaki yang mencuri duit dari tabung derma di sebuah tokong mendakwa dia telah “bertanya” kepada patung Bodhisattva sebelum mencuri dan patung itu memberi isyarat tangan “OK”.
Menurut laporan di 163.com, kejadian itu berlaku di sebuah tokong di Daerah Yiyang, China pada 8 Julai lalu.
Biro Keselamatan Awam Daerah Yiyang menerima laporan daripada orang awam bahawa duit di dalam tabung tokong telah dicuri berkali-kali.
Pihak polis yang melawat ke tempat kejadian mengenal pasti seorang lelaki yang mencurigakan muncul berkali-kali di tokong itu.
Setelah siasatan, lelaki yang bernama Ye itu ditahan. Ye berkata kepada polis bahawa dia “meminjam” duit itu selepas menyembah patung Bodhisattva.
“Saya kata kepada patung Bodhisattva saya akan memulangkan (duit), Bodhisattva menunjukkan isyarat tangan ‘OK’,” kata Ye.
Ye telah dikenakan tindakan reman selama 12 hari atas kesalahan mencuri harta orang lain.
Sumber: 163.com