Connect with us

Antarabangsa

Lelaki ‘deposit’ duit kertas sembahyang di mesin ATM

Seorang lelaki di Jiangxi, China memasukkan duit kertas sembahyang ke dalam mesin ATM dengan harapan ia boleh bertukar menjadi duit sebenar. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki ‘deposit’ duit kertas sembahyang di mesin ATM
Foto: Duit kertas sembahyang yang dimasukkan ke dalam mesin ATM di Jiangxi, China.
  • Seorang lelaki di Jiangxi, China memasukkan duit kertas sembahyang ke dalam mesin ATM dengan harapan ia boleh bertukar menjadi duit sebenar. 
  • Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank menunjukkan lelaki itu menyemak baki dalam akaunnya selepas memasukkan duit itu.
  • Lelaki itu mengaku bahawa dia kekurangan wang dan cuba untuk melihat sama ada sistem mesin ATM itu ada kelemahan.

Seorang lelaki di Jiangxi, China memasukkan duit kertas sembahyang ke dalam mesin ATM dengan harapan ia boleh bertukar menjadi duit sebenar. 

Menurut Guang Ming Daily yang memetik media tempatan, seorang lelaki yang kekurangan wang cuba memasukkan duit kertas sembahyang ke dalam mesin ATM. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank menunjukkan lelaki itu menyemak baki dalam akaunnya selepas memasukkan duit itu.

Namun mesin ATM itu rosak akibat saiz dan ketebalan duit kertas sembahyang tidak sama dengan duit sebenar. Lelaki itu ketakutan dan melarikan diri.

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan lelaki itu dengan bantuan rakaman CCTV bank.

Lelaki itu mengaku bahawa dia kekurangan wang dan cuba untuk melihat sama ada sistem mesin ATM itu ada kelemahan.

“Saya tidak berniat jahat dan bukan sakit mental. Saya hanya nak cuba cara ini sama ada akan berkesan,” kata lelaki itu sebelum direman polis.

Sumber: Guang Ming Daily

Author