Connect with us

Antarabangsa

Kevin Spacey bebas tuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki

Pelakon Hollywood Kevin Spacey, 64 tahun, dibebaskan atas kesemua tuduhan serangan seksual terhadapnya oleh mahkamah di London pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Kevin Spacey bebas tuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki
Foto: Pelakon Hollywood, Kevin Spacey.
  • Pelakon Hollywood Kevin Spacey, 64 tahun, dibebaskan atas kesemua tuduhan serangan seksual terhadapnya oleh mahkamah di London pada Rabu.
  • Para juri di Mahkamah Southwark Crown mendapati Spacey tidak bersalah atas sembilan pertuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki antara tahun 2001 dan 2013.
  • Kesemua tuduhan terhadap Spacey berlaku ketika kempen ‘Me Too’ di mana tiga lelaki mendakwa Spacey meraba alat sulit mereka selain satu kes melakukan seks tanpa kerelaan.

LONDON: Pelakon Hollywood Kevin Spacey, 64 tahun, dibebaskan atas kesemua tuduhan serangan seksual terhadapnya oleh mahkamah di London pada Rabu.

Para juri di Mahkamah Southwark Crown mendapati Spacey tidak bersalah atas sembilan pertuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki antara tahun 2001 dan 2013.

Kesemua tuduhan terhadap Spacey berlaku ketika kempen ‘Me Too’ di mana tiga lelaki mendakwa Spacey meraba alat sulit mereka selain satu kes melakukan seks tanpa kerelaan.

Bercakap di luar pekarangan mahkamah, pemenang Anugerah Oscar itu berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada para juri yang mengambil masa lebih 12 jam untuk mencapai keputusan itu.

Tahun lepas mahkamah di New York turut membebaskan Spacey daripada saman AS$40 juta oleh pelakon Anthony Rapp, atas tuduhan yang didakwa berlaku 30 tahun lepas.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Malaysia boleh ikut jejak Australia haramkan penjualan vape di luar farmasi

Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.
  • Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.
  • “Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • “Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.
  • “Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.

NPRA adalah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.

“Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

Semalam, Australia menjadi negara pertama menguatkuasakan pengharaman penjualan vape di luar farmasi yang menyaksikan pembuatan, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan tempatan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik, dilarang di bawah langkah pembaharuan itu.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan peniaga penjual vape, bukannya penggunanya.

Hukuman berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. 

Semakan TMT menerusi enjin carian di laman sesawang NPRA setakat ini menunjukkan tiada produk vape berdaftar di bawah agensi kawalselia farmaseutikal kebangsaan Malaysia itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending