Terkini
KDN, AADK diberi tiga bulan rangka program bendung gejala dadah – TPM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi masa tiga bulan bagi merangka, menyusun inisiatif dan program efektif bagi membendung gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan di negara ini.
- Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi masa tiga bulan bagi merangka, menyusun inisiatif dan program efektif bagi membendung gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan di negara ini.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN dan AADK diarahkan supaya berganding bahu dan menyelaras program bermanfaat agar gejala dadah ini dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.
- Beliau berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang apabila melihat statistik anggaran jumlah penagih dadah meningkat kini mencecah 1,097,408 orang di mana 1,051,712 adalah lelaki dan 45,696 adalah wanita.
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi masa tiga bulan bagi merangka, menyusun inisiatif dan program efektif bagi membendung gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN dan AADK diarahkan supaya berganding bahu dan menyelaras program bermanfaat agar gejala dadah ini dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.
Beliau berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang apabila melihat statistik anggaran jumlah penagih dadah meningkat kini mencecah 1,097,408 orang di mana 1,051,712 adalah lelaki dan 45,696 adalah wanita.
“Lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 adalah berumur 15-29 tahun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 bersama KDN AADK di sini, hari ini.
Katanya, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 mendapati daripada setiap 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala empat orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.
Sumber: Kosmo