Terkini
(VIDEO) Isu kompaun pakaian, Nga Kor Ming salah guna kuasa – Haniff Khatri
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla kerana mencampuri urusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berkenaan isu kompaun pakaian baru-baru ini.

- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla kerana mencampuri urusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dalam isu kompaun pakaian baru-baru ini.
- Beliau menyifatkan tindakan Kor Ming membatalkan kompaun, kelmarin sebagai satu tindakan tidak masuk akal dan jelas penyalahgunaan kuasa Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
- “Apakah hak kerajaan persekutuan untuk mencampuri urusan pihak berkuasa negeri? Ini adalah satu penzahiran campur tangan salah politik oleh kerajaan persekutuan berkaitan dengan apa yang dah jadi bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya menerusi petikan video Youtube dalam program wawancara ‘Kerajaan Anwar Ibrahim dan Isu 3R Menjelangnya PRN’ semalam.
- Katanya, MPKB mempunyai syarat khusus berkaitan pemakaian mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) yang membenarkan mereka untuk mengambil tindakan bagi penjual yang tidak mematuhi syarat.
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla kerana mencampuri urusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berkenaan isu kompaun pakaian baru-baru ini.
Haniff menyifatkan tindakan Kor Ming membatalkan kompaun, kelmarin sebagai satu tindakan tidak masuk akal dan jelas penyalahgunaan kuasa Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
“Apakah hak kerajaan persekutuan untuk mencampuri urusan pihak berkuasa negeri?
“Ini adalah satu penzahiran campur tangan salah politik oleh kerajaan persekutuan berkaitan dengan apa yang dah jadi bidang kuasa kerajaan negeri,” kata Haniff.
Katanya, MPKB mempunyai syarat khusus berkaitan pemakaian mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) yang membenarkan mereka untuk mengambil tindakan bagi penjual yang tidak mematuhi syarat.
“Nga Kor Ming patut tahu bahawa setiap perbandaran mempunyai tanggungjawab untuk mengeluarkan lesen perniagaan.
“Di bawah undang-undang kecil setiap negeri, mereka mempunyai syarat-syarat yang dikenakan,” katanya menerusi petikan video Youtube dalam program wawancara ‘Kerajaan Anwar Ibrahim dan Isu 3R Menjelangnya PRN’ semalam.
Haniff berkata lagi, kompaun yang dikeluarkan ke atas wanita tersebut disebabkan kemungkiran syarat perlesenan; memakai pakaian tidak sopan bagi orang bukan Islam, bukan atas undang-undang syariah.
Dengan nada hairan, beliau mempersoal tindakan Kor Ming yang masih memainkan naratif agama dan cubaan mempolitikkan isu terbabit sedangkan bapa angkat wanita tersebut sudah menyelesaikan kompaun itu pada 27 Jun lalu.
“Benda dah selesai, pihak berkuasa keluar kompaun, mangsa dah bayar kompaun, mangsa tak jadikan isu, mangsa tak lawan, mangsa faham.
“Tiba-tiba menteri di kerajaan persekutuan suruh batalkan apa yang dah dibayar. Ini tak munasabah dan salah,” tegas Haniff. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube Raggie Jessy Rithaudeen
