Terkini
Fahmi Fadzil, King Sing melampaui bidang kuasa anggota pentadbiran – Annuar Musa
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bertindak melampaui bidang kuasa mereka sebagai anggota pentadbiran.
- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bertindak melampaui bidang kuasa mereka sebagai anggota pentadbiran.
- Dakwaan itu dibuat Presiden Muafakat Nasional Malaysia, Tan Sri Datuk Annuar Musa susulan dua insiden membabitkan menteri terbabit yang tular baru-baru ini dan dilihat menjejaskan kewibawaan kerajaan memerintah.
- Katanya, insiden pertama melibatkan seorang menteri yang di dalam sesi siaran langsung di media sosial memberi amaran kepada netizen dan mengugut menghantar kereta peronda polis ke rumah mereka yang membuat komentar tidak baik semasa siaran langsung itu.
- Dalam insiden kedua pula dikatakan berlaku ‘perbalahan’ di antara seorang menteri dengan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
- “Kita bukan negara dunia ketiga yang para menteri seolah-olah “above the law” atau di mana kata-kata menteri adalah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bertindak melampaui bidang kuasa mereka sebagai anggota pentadbiran.
Dakwaan itu dibuat Presiden Muafakat Nasional Malaysia, Tan Sri Datuk Annuar Musa susulan dua insiden membabitkan menteri terbabit yang tular baru-baru ini dan dilihat menjejaskan kewibawaan kerajaan memerintah.
Katanya, insiden pertama melibatkan seorang menteri yang di dalam sesi siaran langsung di media sosial memberi amaran kepada netizen dan mengugut menghantar kereta peronda polis ke rumah mereka yang membuat komentar tidak baik semasa siaran langsung itu.
Dalam insiden kedua pula dikatakan berlaku ‘perbalahan’ di antara seorang menteri dengan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Dalam kedua-dua insiden ini menteri terbabit telah melampaui bidang kuasa mereka sebagai anggota pentadbiran.
“Negara kita tidak dibina atas prinsip absolute power seperti ini. Anggota pentadbiran adalah pembuat dasar, manakala pegawai perkhidmatan awam adalah pelaksanaan dasar.
“Kita bukan negara dunia ketiga yang para menteri seolah-olah “above the law” atau di mana kata-kata menteri adalah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Annuar berkata negara mempunyai aturan dan prosedur menjaga pengasingan juga pembahagian kuasa yang tertib bagi menjaga kepentingan rakyat serta negara.
Beliau mengingatkan menteri agar tidak bersikap sombong dan bertindak sewenang-wenangnya dengan membuat tuduhan terhadap penjawat awam.
Katanya, tatakelakuan penjawat awam mempunyai proses dan peraturan yang tertentu selain tindakan mengaibkan pegawai dengan tuduhan tanpa siasatan menurut peraturan juga perlu dielakkan.
“Para menteri harus sedar bahawa kemajuan negara tidak semata-mata terletak kepada Jemaah Menteri tetapi juga pegawai awam yang bertungkus lumus melaksanakan segala dasar kerajaan.
“Istilah MADANI menjadi tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan gila kuasa serta tindakan orang politik yang dilihat seolah-olah tidak ada ‘wisdom’ dan tidak bersifat “civil”,” katanya. —- The Merdeka Times
Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa