Connect with us

Antarabangsa

EU bantu Ukraine eksport bijirin, elak harga makanan dunia naik

Pesuruhjaya pertanian Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kelmarin bahawa blok itu boleh membantu Ukraine mengeksport sebahagian besar bijirin melalui jalan darat serta memberi subsidi kepada kos pengangkutan, lapor akhbar Arab News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

EU bantu Ukraine eksport bijirin, elak harga makanan dunia naik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pesuruhjaya pertanian Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kelmarin bahawa blok itu boleh membantu Ukraine mengeksport sebahagian besar bijirin melalui jalan darat serta memberi subsidi kepada kos pengangkutan, lapor akhbar Arab News.
  • Tawaran itu dibuat selepas Russia menamatkan perjanjian Laut Hitam berhubung penghantaran bekalan bijirin dari Ukraine.
  • Kebimbangan untuk mendapatkan bekalan yang sangat diperlukan di seluruh dunia itu telah meningkat sejak Moscow pada minggu lalu menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membenarkan penghantaran eksport melalui jalan laut.
  • EU menubuhkan apa yang digelar ‘laluan solidariti’ pada tahun lepas untuk hasil pertanian Ukraine, sebahagian besarnya melalui Romania dan Poland. Ia bertujuan membantu menambah laluan alternatif ke pasaran global selepas pencerobohan Russia. 

BRUSSELS, Belgium – Pesuruhjaya pertanian Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kelmarin bahawa blok itu boleh membantu Ukraine mengeksport sebahagian besar bijirin melalui jalan darat serta memberi subsidi kepada kos pengangkutan, lapor akhbar Arab News.

Tawaran itu dibuat selepas Russia menamatkan perjanjian Laut Hitam berhubung penghantaran bekalan bijirin dari Ukraine.

Kebimbangan untuk mendapatkan bekalan yang sangat diperlukan di seluruh dunia itu telah meningkat sejak Moscow pada minggu lalu menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membenarkan penghantaran eksport melalui jalan laut.

EU menubuhkan apa yang digelar ‘laluan solidariti’ pada tahun lepas untuk hasil pertanian Ukraine, sebahagian besarnya melalui Romania dan Poland. Ia bertujuan membantu menambah laluan alternatif ke pasaran global selepas pencerobohan Russia. 

Pesuruhjaya EU, Janusz Wojciechowski berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri pertanian EU di Brussels, blok itu bersedia untuk mengeksport hampir semua eksport (Ukraine) melalui laluan solidariti.

Menurutnya, beliau akan mengemukakan cadangan bagi menggunakan dana EU untuk menyokong kos pengangkutan supaya hasil pertanian dapat dibawa keluar dari Ukraine melalui kereta api dan jalan raya. Ia bertujuan memastikan harga bekalan kekal rendah.

Ukraine merupakan antara pengeluar bijirin utama global. 

Keputusan Russia untuk menarik diri daripada perjanjian Laut Hitam telah mencetuskan kebimbangan bahawa harga makanan di negara-negara Amerika Selatan dan Afrika mungkin melonjak. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *