Connect with us

Antarabangsa

Elak kelompok bukan binari atau transgender tersinggung, vagina dipanggil ‘lubang bonus’

Sebuah badan amal di Barat dikritik kumpulan wanita kerana menyarankan vagina (faraj) dirujuk sebagai ‘lubang bonus’ (bonus hole) agar tidak menyinggung perasaan pesakit golongan bukan binari atau transgender.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah badan amal di Barat dikritik kumpulan wanita kerana menyarankan vagina (faraj) dirujuk sebagai ‘lubang bonus’ (bonus hole) agar tidak menyinggung perasaan pesakit golongan bukan binari atau transgender.
  • Perkataan lain turut disaran merujuk kepada vagina adalah ‘lubang hadapan’ (front hole).
  • Pejuang hak wanita dalam komentar mereka terhadap perkataan alternatif itu, menggelar cadangan terbabit sebagai pelakuan bersifat misogini dan tidak berperikemanusiaan sama sekali.
  • Perkataan yang dikedepankan badan amal Jo’s Servical Cancer Trust itu terpampang pada glosari halaman professional kesihatan untuk kegunaan mereka yang merawat pesakit, demikian lapor Daily Mail.
  • Badan amal itu menegaskan mereka tidak mencadangkan terma itu untuk kegunaan semua wanita tetapi supaya ia diketahui golongan transgender dan bukan binari.

Sebuah badan amal di Barat dikritik kumpulan wanita kerana menyarankan vagina (faraj) dirujuk sebagai ‘lubang bonus’ (bonus hole) agar tidak menyinggung perasaan pesakit golongan bukan binari atau transgender.

Pejuang hak wanita dalam komentar mereka terhadap perkataan alternatif itu, menggelar cadangan terbabit sebagai pelakuan bersifat misogini dan tidak berperikemanusiaan sama sekali.

Perkataan yang dikedepankan badan amal Jo’s Servical Cancer Trust itu terpampang pada glosari halaman professional kesihatan untuk kegunaan mereka yang merawat pesakit, demikian lapor Daily Mail.

Foto 1: Tangkap layar di web glosari Jo’s trust.

Badan amal itu menegaskan mereka tidak mencadangkan terma itu untuk kegunaan semua wanita tetapi supaya ia diketahui golongan transgender dan bukan binari.

Istilah ‘bonus hole’ yang dikecam ramai pihak itu diperkenalkan badan amal itu hasil kerjasama bersama pakar dari organisasi komuniti LGBT.

Selain itu, perkataan lain turut disarankan menggantikan vagina adalah ‘lubang hadapan’ (front hole).

Pengasas Pertubuhan Konservatif untuk Wanita, Caroline Ffiske berkata, “pergerakan ideologi jantina kelihatan aktif dalam usaha ‘memisahkan’ anggota badan dan menggalakkan kebencian”.

“Dalam erti kata lain, mereka aktif dalam mewujudkan lebih ramai golongan muda yang keliru dan merasa terasing daripada fizikal dan jantina mereka sendiri,” katanya.

Sumber: Daily Mail, Jo’s trust

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *