Connect with us

Terkini

Beraksi biadab, The 1975 boleh dihadapkan ke mahkamah Malaysia

Kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tak senonoh dan jelik ketika persembahan di pentas Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, kelmarin boleh dihadapkan ke mahkamah negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Beraksi biadab, The 1975 boleh dihadapkan ke mahkamah Malaysia
Foto: Vokalis The 1975, Matty Healy.
  • Kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tak senonoh dan jelik ketika persembahan di pentas Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, kelmarin boleh dihadapkan ke mahkamah negara ini.
  • Penganalisis undang-undang yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kumpulan berkenaan termaktub dalam undang-undang negara ini kerana melakukan kesalahan ketika membuat persembahan di negara ini.
  • “Mereka datang ke Malaysia serta melanggar syarat-syarat dan undang-undang, mereka ini termaktub dengan peraturan dan undang-undang negara ini, ada peribahasa mengatakan ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
  • “Tindakan yang diambil Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk membatalkan konsert terbabit yang sepatutnya berlangsung tiga hari sehingga esok adalah tepat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
  • Menurutnya, pihak berkuasa di negara ini juga boleh bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) jika mereka enggan kembali ke negara ini untuk didakwa.

Kuala Lumpur: Kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tak senonoh dan jelik ketika persembahan di pentas Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, kelmarin boleh dihadapkan ke mahkamah negara ini.

Penganalisis undang-undang yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kumpulan berkenaan termaktub dalam undang-undang negara ini kerana melakukan kesalahan ketika membuat persembahan di negara ini.

“Mereka datang ke Malaysia serta melanggar syarat-syarat dan undang-undang, mereka ini termaktub dengan peraturan dan undang-undang negara ini, ada peribahasa mengatakan ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Tindakan yang diambil Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk membatalkan konsert terbabit yang sepatutnya berlangsung tiga hari sehingga esok adalah tepat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara ini juga boleh bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) jika mereka enggan kembali ke negara ini untuk didakwa.

“Bagi pengunjung dan artis yang terpaksa menanggung kerugian pula, mereka boleh menuntut ganti rugi,” katanya.

Semalam, polis terima tiga laporan berhubung kelakuan tak senonoh vokalis kumpulan pop rock The 1975 berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyifatkan tindakan vokalis kumpulan itu, Matty Healy dalam konsert itu sebagai biadab.

Sumber: Harian Metro

Author