Connect with us

Antarabangsa

Badan antirasuah Pakistan dapat kuasa tambahan siasat Imran Khan

Pakistan mengeluarkan ordinan presiden yang memberikan kuasa penahanan tambahan kepada badan antirasuah negara itu, yang kini sedang menyiasat kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Badan antirasuah Pakistan dapat kuasa tambahan siasat Imran Khan
Foto: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Pakistan keluarkan ordinan presiden yang memberikan kuasa penahanan tambahan kepada badan antirasuah negara itu, yang kini menyiasat kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan.
  • Imran berdepan beberapa kes sejak digulingkan tahun lalu, ditahan membabitkan kes rasuah pada Mei lalu, sehingga membawa kepada protes ganas di seluruh negara.
  • Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
  • Pindaan undang-undang itu memberi kuasa kepada Biro Akauntabiliti Negara (NAB), untuk mengeluarkan waran tangkap dan menahan suspek selama 30 hari, sekiranya tidak bekerjasama dengan siasatan.
  • Tindakan itu dibuat beberapa jam sebelum Imran dan isterinya dijangka bertemu dengan NAB di Islamabad dan pada perbicaraan dalam kes lain.

KARACHI: Pakistan mengeluarkan ordinan presiden yang memberikan kuasa penahanan tambahan kepada badan antirasuah negara itu, yang kini sedang menyiasat kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan.

Imran yang berdepan beberapa kes sejak digulingkan tahun lalu, ditahan membabitkan kes rasuah pada Mei lalu, sehingga membawa kepada protes ganas di seluruh negara.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Pindaan undang-undang itu memberi kuasa kepada Biro Akauntabiliti Negara (NAB), untuk mengeluarkan waran tangkap dan menahan suspek selama 30 hari, sekiranya tidak bekerjasama dengan siasatan.

Tindakan itu dibuat beberapa jam sebelum Imran dan isterinya dijangka bertemu dengan NAB di Islamabad dan pada perbicaraan dalam kes lain.

Bekas Perdana Menteri itu meninggalkan rumahnya di bandar Lahore ke Islamabad awal pagi semalam.

Kerajaan boleh meluluskan undang-undang dengan pantas melalui ordinan presiden apabila parlimen tidak bersidang, tetapi dewan perlu mengesahkan undang-undang dalam tempoh 90 hari.

Parlimen kini sedang bersidang namun diprorog semalam melalui pemberitahuan kerajaan yang dimuat naik di laman sesawang.

Ordinan itu dikeluarkan malam kelmarin (Ahad). Pegawai kerajaan mendakwa Imran dan isterinya menerima tanah bernilai jutaan dolar sebagai rasuah daripada hartawan hartanah Malik Riaz melalui yayasan amal.

Imran dan pembantunya, serta hartawan berkenaan sebelum ini menafikan sebarang salah laku.

Ratusan penyokong dan puluhan pemimpin ditahan dan ramai yang sudah meninggalkan parti itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *