Connect with us

Antarabangsa

Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak

Kerajaan Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak
Foto: Gambar telaga minyak di utara Afghanistan.
  • Kerajaan Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.
  • “Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul,” pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Sheikh Shahabuddin Delawar dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Bakhtar .
  • Qashqari mempunyai 10 telaga dan 200 tan minyak sedang diekstrak daripada sembilan telaga setakat ini, lapor Kabul Times, memetik kenyataan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.
  • Pada Januari, kerajaan sementara Afghanistan menandatangani kontrak 25 tahun dengan firma China untuk mengeluarkan minyak dari lembangan Sungai Amu dan membangunkan rizab minyak di utara.

ANKARA: Kerajaan Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.

“Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul,” pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Sheikh Shahabuddin Delawar dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Bakhtar .

Delawar berucap pada majlis perasmian telaga petroleum Qashqari di wilayah Sar-e-Pul.

Qashqari mempunyai 10 telaga dan 200 tan minyak sedang diekstrak daripada sembilan telaga setakat ini, lapor Kabul Times, memetik kenyataan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.

Taliban berharap dapat meningkatkan kapasiti pengekstrakan dari Qashqari kepada lebih 1,000 tan.

Pada tahun lepas, Taliban menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat China untuk mengekstrak minyak dari Sar-e-Pul.

Pada Januari, kerajaan sementara itu juga menandatangani kontrak 25 tahun dengan firma China untuk mengeluarkan minyak dari lembangan Sungai Amu dan membangunkan rizab minyak di utara.

Mengikut kontrak, syarikat China akan melabur AS$150 juta pada tahun pertama dan meningkat kepada AS$540 juta dalam tempoh tiga tahun.

Afghanistan dianggar memiliki sumber yang belum diterokai bernilai lebih AS$1 trilion, yang telah menarik minat pelabur asing, menurut Agensi Berita Bakhtar.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *