Connect with us

Antarabangsa

10 terbunuh, lebih 50 cedera dalam perhimpunan politik di Pakistan

Perhimpunan politik yang diadakan di daerah Bajaur di Pakistan dicemari dengan insiden letupan bom yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan lebih 50 lagi cedera, lapor kepada Xinhua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

10 terbunuh, lebih 50 cedera dalam perhimpunan politik di Pakistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perhimpunan politik yang diadakan di daerah Bajaur di Pakistan dicemari dengan insiden letupan bom yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan lebih 50 lagi cedera, lapor kepada Xinhua.
  • Kejadian berlaku di perhimpunan politik Jamiat Ulema-e-Islam-Fazl (JUI-F) berhampiran kawasan Shanday Mor di Jalan Munda Khar Bajaur, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, menurut jurucakap Rescue 1122, Bilal Faizi.
  • Polis dan pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan melancarkan operasi mencari.
  • Punca kejadian belum dikenal pasti dan belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

ISLAMABAD: Perhimpunan politik yang diadakan di daerah Bajaur di Pakistan dicemari dengan insiden letupan bom yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan lebih 50 lagi cedera, lapor kepada Xinhua.

Kejadian berlaku di perhimpunan politik Jamiat Ulema-e-Islam-Fazl (JUI-F) berhampiran kawasan Shanday Mor di Jalan Munda Khar Bajaur, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, menurut jurucakap Rescue 1122, Bilal Faizi.

Jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan 15 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Foto: Gabenor wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Haji Ghulam Ali (tengah) bersama seorang mangsa yang cedera di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan.

Beliau berkata lapan ambulans terlibat dalam misi menyelamat selain menerima bantuan daripada pasukan penyelamat dari kawasan berdekatan.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 500 orang hadir pada perhimpunan itu dan letupan berlaku semasa pemimpin tempatan sedang berucap.

Polis dan pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan melancarkan operasi mencari.

Punca kejadian belum dikenal pasti dan belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

Sumber : Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *