Connect with us

Terkini

UM siasat iklan tawaran pekerjaan bagi golongan LGBT

Universiti Malaya (UM) akan menyiasat iklan tawaran pekerjaan bagi jawatan pembantu penyelidik yang dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UM siasat iklan tawaran pekerjaan bagi golongan LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Universiti Malaya (UM) akan menyiasat iklan tawaran pekerjaan bagi jawatan pembantu penyelidik dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
  • Jurucakap UM berkata, iklan tawaran pekerjaan itu belum disahkan sama ada dikeluarkan oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS) (CERiA).
  • Sebelum ini tular di media sosial sebuah universiti tempatan mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBT.
  • Iklan itu memaparkan tawaran pekerjaan untuk jawatan pembantu penyelidik dan ia turut memaparkan mengenai kata-kata: “Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM yang lain.”

Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) akan menyiasat iklan tawaran pekerjaan bagi jawatan pembantu penyelidik yang dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jurucakap UM berkata, iklan tawaran pekerjaan itu belum dapat disahkan sama ada ia dikeluarkan oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS) (CERiA).

“Kita akan siasat. Kita belum dapat mengesahkan lagi betul atau tidak iklan ini dikeluarkan oleh CERiA atau mungkin pihak lain,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah universiti tempatan mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBT.

Foto: Facebook Centre of Excellence for Research in AIDS.

Iklan itu memaparkan tawaran pekerjaan untuk jawatan pembantu penyelidik dan ia turut memaparkan mengenai kata-kata: “Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM yang lain.”

Dalam iklan itu, antara yang ditekankan adalah berpengetahuan dan berpengalaman dalam penglibatan penyelidikan dengan komuniti LGBT.

Kata jurucakap UM itu, secara kebiasaannya iklan perjawatan akan dikeluarkan oleh bahagian sumber manusia.

“Cuma untuk (permohonan) jawatan pembantu penyelidik ini, saya tak pasti sama ada adakah ia di bawah sumber manusia atau CERiA. Kita pun belum dapat maklumat sebenar mengenai perkara ini,” katanya.

Katanya, satu perjumpaan mengenai tawaran iklan itu juga akan dilakukan secepat yang mungkin.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *