Antarabangsa
Tetamu Presiden Biden, aktivis transgender tayang buah dada di Rumah Putih
Pelakon dan model transgender, Rose Montoya, 27, mengundang kontroversi apabila memperlihatkan dadanya pada acara Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBTQ, di pekarangan Rumah Putih, Sabtu lalu.
- Pelakon dan model transgender, Rose Montoya, 27, mengundang kontroversi apabila memperlihatkan dadanya pada acara Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBTQ, di pekarangan Rumah Putih, Sabtu lalu.
- Montoya antara beberapa tetamu jemputan yang bertemu Presiden Joe Biden dan wanita pertama Jill Biden sebelum mendedahkan dadanya di pekarangan selatan Rumah Putih.
- Sebuah video perlakuan Montoya, menunjukkan dia menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah sambil tersengih berkata, “Adakah kita tidak berbaju di White House?”.
- Selepas video terbabit tular, dia menegaskan perlakuan tidak berbaju di khalayak umum itu sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang Washington.
Pelakon dan model transgender, Rose Montoya, 27, mengundang kontroversi apabila memperlihatkan dadanya pada acara Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBTQ, di pekarangan Rumah Putih, Sabtu lalu.
Montoya antara beberapa tetamu jemputan yang bertemu Presiden Joe Biden dan wanita pertama Jill Biden sebelum mendedahkan dadanya di perkarangan selatan Rumah Putih.
Sebuah klip video perlakuan Montoya, menunjukkannya menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah sambil tersengih berkata, “Adakah kita tidak berbaju di White House?’’.
Montoya yang berkongsi montajnya di media sosial pada Isnin kepada 130,000 pengikutnya mempamerkan aksinya dengan menari dan bergambar di beberapa mercu tanda sekitar Rumah Putih.
Dalam petikan kata-katanya ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat itu, dia turut melaungkan slogan: ‘Trans rights are human rights’.
Selepas video terbabit tular, dia menegaskan perlakuan tidak berbaju di khalayak umum itu sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang Washington.
Dalam klip video lain, Jill Biden didapati menyebut kepada peserta himpunan Pride: ‘Kamu disayangi, kamu cantik, kamu didengari, tempat kamu di sini’.
Joe Biden dalam ucapannya pula menyebut mereka berkumpul bersamanya itu antara “beberapa individu paling berani dan menginspirasikan yang pernah ditemui”.
Sumber: Dailymail