Connect with us

Antarabangsa

Senarai ‘no-fly’ AS sasar orang Islam

Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey, Mohamed Khairullah berkata beliau tidak terkejut sebaliknya kecewa terhadap laporan bulan ini yang menunjukkan umat Islam menjadi kelompok majoriti dalam senarai pantau (watchlist) diselenggara kerajaan Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Senarai ‘no-fly’ AS sasar orang Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey, Mohamed Khairullah berkata beliau tidak terkejut sebaliknya kecewa terhadap laporan bulan ini yang menunjukkan umat Islam menjadi kelompok majoriti dalam senarai pantau (watchlist) diselenggara kerajaan Amerika Syarikat (AS).
  • Khairullah antara 1.47 juta entri individu Muslim dalam senarai pemerhatian perjalanan 2019 yang bocor itu, demikian menurut analisis  Council on American-Islamic Relations (CAIR).
  • Menurut laporan Al Jazeera, beberapa nama itu juga berada dalam senarai ‘no-fly’ (larangan terbang) yang menghalang perjalanan udara. 
  • Minggu lalu, CAIR menganggarkan 98 peratus daripada nama dalam senarai pantau (watchlist) FBI yang dianalisis badan itu adalah orang Islam.

Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey, Mohamed Khairullah berkata beliau tidak terkejut sebaliknya kecewa terhadap laporan bulan ini yang menunjukkan umat Islam menjadi kelompok majoriti dalam senarai pantau (watchlist) diselenggara kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Khairullah antara 1.47 juta entri individu Muslim dalam senarai pemerhatian perjalanan 2019 yang bocor itu, demikian menurut analisis Council on American-Islamic Relations (CAIR).

Menurut laporan Al Jazeera, beberapa nama itu juga berada dalam senarai ‘no-fly’ (larangan terbang) yang menghalang perjalanan udara.

Selain itu, terdapat juga senarai pilihan (selectee list) yang menetapkan individu terbabit perlu menjalani penelitian tambahan.

Kedua-dua senarai itu adalah subset pangkalan data Pusat Saringan Pengganas (TSC), katalog disatukan yang dicipta dan diselenggara Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenal pasti ancaman berikutan serangan 11 September 2001.

Difahamkan, FBI telah lama merahsiakan kandungan pangkalan data itu.

Namun CAIR memperoleh fail bocor dari pangkalan data itu dan laporan mengesahkan apa yang telah lama diketahui masyarakat Islam bahawa mereka diwakili secara tidak seimbang.

Menurut analisisnya minggu lalu, CAIR menganggarkan 98 peratus daripada nama dalam senarai yang disemak itu adalah orang Islam.

“Ia menunjukkan kepada saya masyarakat Islam dan Arab, yang telah menjadi penyumbang positif dan ahli masyarakat tempatan kita akan sentiasa dipandang sebagai musuh.

“Ia bercakap mengenai perkauman yang mendalam dalam sistem… jadi ia sangat mengecewakan,” kata Khairullah.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *