Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Perancis berhimpun di taman permainan, solidariti kepada mangsa insiden serangan berpisau

Kanak-kanak, ibu bapa serta datuk dan nenek pada Ahad menyertai ribuan yang berhimpun memberikan mesej sokongan kepada mangsa insiden serangan di sebuah taman di bandar Annecy di Alps Perancis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Perancis berhimpun di taman permainan, solidariti kepada mangsa insiden serangan berpisau
Foto: Kanak-kanak, ibu bapa serta datuk dan nenek menyertai ribuan yang berhimpun di sebuah taman di bandar Annecy di Alps Perancis.
  • Kanak-kanak, ibu bapa serta datuk dan nenek pada Ahad menyertai ribuan yang berhimpun memberikan mesej sokongan kepada mangsa insiden serangan di sebuah taman di bandar Annecy di Alps Perancis.
  • Ia tanda solidariti dan sokongan kepada mangsa serangan tikaman di taman permainan itu yang menyebabkan empat kanak-kanak dan dua individu dewasa dirawat di hospital akibat luka serius.

PARIS: Kanak-kanak, ibu bapa serta datuk dan nenek pada Ahad menyertai ribuan yang berhimpun memberikan mesej sokongan kepada mangsa insiden serangan di sebuah taman di bandar Annecy di Alps Perancis.

Menurut laporan Arab News, ia untuk menunjukkan solidariti dan sokongan kepada mangsa serangan tikaman di taman permainan itu yang menyebabkan empat kanak-kanak dan dua individu dewasa dirawat di hospital akibat luka serius.

Datuk Bandar Annecy, Francois Astorg memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak mewakili “puisi kehidupan” dan beliau menyeru penduduk Annecy “bersatu untuk membina, bukannya membenci”.

Francois menyeru untuk mengadakan “perhimpunan rakyat” di taman tepi tasik di mana seorang lelaki pelarian Syria Kristian dengan pisau menikam beberapa individu pada Khamis lalu. 

Dalam pada itu, pegawai bandar membuka semula taman permainan beberapa jam selepas serangan itu dalam usaha untuk menunjukkan kawasan itu kembali selamat.

Orang ramai dilihat menimbunkan bunga, patung-patung mainan dan mesej sokongan pada permukaan berlapik taman permainan sejurus kejadian itu. 

Selain itu, terdapat juga belon merah jambu berbentuk hati yang diikat pada bangku bertulis, “Untuk kanak-kanak – sayang”.

Sebelum ini, kanak-kanak disasarkan adalah seorang kanak-kanak perempuan Belanda berusia 22 bulan, seorang kanak-kanak perempuan British berusia tiga tahun dan dua sepupu Perancis berusia dua tahun, seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Mereka juga menerima kecederaan teruk dan masih dirawat di hospital.

Namun, keadaan mereka bertambah baik ke tahap di mana nyawa mereka tidak lagi dalam bahaya, kata pendakwa raya wilayah  pada Sabtu.

Salah seorang daripada orang dewasa yang cedera adalah seorang lelaki Portugis yang ditikam ketika cuba menghalang penyerang daripada melarikan diri dan kemudian ditembak polis ketika penahanan suspek yang masih dirawat di hospital.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *