Connect with us

Antarabangsa

Pihak berkuasa Iran beri amaran kepada penerbit filem, tidak upah pelakon tidak berhijab

Badan pemerhati filem kerajaan Iran memberi amaran kepada penerbit bahawa filem mereka boleh diharamkan jika memberi peluang kepada pelakon yang menanggalkan hijab di khalayak ramai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pihak berkuasa Iran beri amaran kepada penerbit filem, tidak upah pelakon tidak berhijab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan pemerhati filem kerajaan Iran memberi amaran kepada penerbit bahawa filem mereka boleh diharamkan jika memberi peluang kepada pelakon yang menanggalkan hijab di khalayak ramai.
  • Menurut laporan Iran International, filem, muzik, buku dan seni secara amnya dikawal ketat, dipantau dan dikawal oleh pihak kerajaan.
  • Filem atau rancangan TV mesti terlebih dahulu mendapatkan permit penerbitan untuk memastikan ia selari dengan ideologi rasmi dan sekatan agama. 
  • Selepas filem dihasilkan, ia perlu disemak semula untuk mendapatkan permit tayangan.

Badan pemerhati filem kerajaan Iran memberi amaran kepada penerbit bahawa filem mereka boleh diharamkan jika memberi peluang kepada pelakon yang menanggalkan hijab di khalayak ramai.

Menurut laporan Iran International, filem, muzik, buku dan seni secara amnya dikawal ketat, dipantau dan dikawal pihak kerajaan.

Filem atau rancangan TV mesti terlebih dahulu mendapatkan permit penerbitan untuk memastikan ia selari dengan ideologi rasmi dan sekatan agama. 

Selepas filem dihasilkan, ia perlu disemak semula untuk mendapatkan permit tayangan.

Beberapa laman web di Iran pada Ahad menerbitkan salinan surat dihantar kepada penerbit filem oleh timbalan dalam badan pemerhati filem Iran ‘Cinema Organization’, Habib Eilbaygi.

Dalam surat itu dia mengatakan penerbit “harus mengelak daripada memberi pekerjaan” kepada individu yang lantang dalam isu hijab dan “mengabaikan undang-undang negara”.

Protes anti-hijab dan anti-rejim meletus di Iran pada September 2022 selepas seorang wanita muda, Mahsa Amini ditangkap ‘polis moral’ di jalanan sebelum dia dilaporkan cedera semasa dalam tahanan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Ramai selebriti, termasuk pelakon dan tokoh sukan, tampil menyokong protes yang menimbulkan kemarahan Kerajaan Iran itu. 

Berpuluh-puluh wanita di kalangan mereka turut menanggalkan tudung di khalayak ramai, menunjukkan sikap menentang secara langsung terhadap ulama yang memerintah.

Susulan protes itu, puluhan ribu wanita biasa kini berjalan di jalanan tanpa hijab buat kali pertama sejak awal 1980-an.

Golongan tegar yang menguasai semua cabang kerajaan kini cuba memulihkan kawalan mereka dan memaksa wanita kembali mematuhi peraturan hijab.

Sumber: Iran International

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *