Connect with us

Terkini

Penduduk Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya bantah bina menara telekomunikasi 5G

Penduduk di Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya tidak berpuas hati dengan tindakan kontraktor membina menara telekomunikasi 5G setinggi 24 meter di taman rekreasi berdekatan kawasan perumahan mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penduduk Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya bantah bina menara telekomunikasi 5G
Foto: Penduduk di Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya.
  • Penduduk di Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya tidak berpuas hati dengan tindakan kontraktor membina menara telekomunikasi 5G setinggi 24 meter di taman rekreasi berdekatan kawasan perumahan.
  • Penduduk berkata mereka menerima makluman daripada persatuan penduduk pada Februari lalu bahawa Dewan Bandaraya Subang Jaya menerima aduan terhadap pembinaan menara telekomunikasi itu. 
  • Pada 16 Jun lalu, kontraktor memulakan penggalian tanah di taman rekreasi Jalan Tempua 1 yang terletak 12 meter dari kawasan perumahan.

SUBANG JAYA – Penduduk di Jalan Tempua Bandar Puchong Jaya tidak berpuas hati dengan tindakan kontraktor membina menara telekomunikasi 5G setinggi 24 meter di taman rekreasi berdekatan kawasan perumahan mereka.

Sin Chew Daily melaporkan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Chiew Kai Heng dalam sidang media bersama penduduk terbabit berkata, rata-rata penduduk membantah pembinaan menara telekomunikasi itu yang dimaklumkan kontraktor pada hujung tahun lalu.

Penduduk berkata mereka menerima makluman daripada persatuan penduduk pada Februari lalu bahawa Dewan Bandaraya Subang Jaya menerima aduan terhadap pembinaan menara telekomunikasi itu.

Sebuah perjumpaan antara penduduk dan kontraktor diadakan pada 14 Februari lalu.

“Majoriti penduduk membantah dalam mesyuarat itu dan kontraktor mengumumkan mesyuarat itu akan ditangguhkan sehingga dua minggu kemudian,” kata penduduk.

Bagaimanapun, penduduk tempatan berkata tiada sebarang perjumpaan diadakan selepas itu.

Persatuan penduduk pula menegaskan mereka mendapat persetujuan daripada lebih 60 peratus penduduk untuk membina menara telekomunikasi itu.

Pada 16 Jun lalu, kontraktor memulakan penggalian tanah di taman rekreasi Jalan Tempua 1 yang terletak 12 meter dari kawasan perumahan.

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *