Antarabangsa
Pelajar trans pukul pelajar perempuan, ibu bapa ambil tindakan mahkamah
Seorang gadis dipukul dengan teruk oleh seorang pelajar transgender di dalam tandas wanita sebuah sekolah di Oklahoma.

- Seorang gadis dipukul dengan teruk oleh seorang pelajar transgender di dalam tandas wanita sebuah sekolah di Oklahoma.
- Perkara itu mendorong ibu bapa pelajar berkenaan membuat tuntutan mahkamah ke atas pejabat pendidikan daerah kerana tidak mengikut peraturan negeri yang melarang transgender menggunakan tandas wanita.
- Tuntutan mahkamah dibuat Theresa Gooden pada Khamis minggu lalu menyatakan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu diserang dan dipukul dengan teruk dalam tandas wanita di Edmond Memorial High School oleh seorang lelaki transgender berumur 17 tahun pada 26 Oktober 2022.
- Penguasa pentadbir sekolah, Dr. Angela Grunewald menghantar video kepada ibu bapa dua bulan selepas insiden itu mengesahkan tertuduh tidak lagi bersekolah di Edmond Memorial.
Seorang gadis dipukul dengan teruk oleh seorang pelajar transgender di dalam tandas wanita sebuah sekolah di Oklahoma.
Perkara ini mendorong ibu bapa pelajar itu membuat tuntutan mahkamah ke atas pejabat pendidikan daerah kerana tidak mengikut peraturan negeri yang tidak membenarkan transgender menggunakan tandas wanita, lapor New York Post.
Tuntutan mahkamah dibuat Theresa Gooden pada Khamis minggu lalu menyatakan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu diserang dan dipukul dengan teruk dalam tandas wanita di Edmond Memorial High School oleh seorang transgender berumur 17 tahun pada 26 Oktober 2022.
Dokumen tuntutan mahkamah menyebut tertuduh adalah seseorang yang dikenalpasti sebagai lelaki sejak lahir.
Perkara itu membuktikan pengabaian peraturan negeri diwartakan pada Mei 2022 yang menetapkan pelajar sekolah awam menggunakan tandas mengikut jantina di sijil lahir masing-masing.
Bagi pelajar trans yang menolak polisi itu, mereka hendaklah menggunakan “tandas atau bilik persalinan perseorangan.”
Tuntutan itu juga menuduh Edmond Memorial terus membiarkan pelajar trans menggunakan tandas tersebut walaupun selepas mangsa melaporkan perihal identiti jantina tertuduh kepada penolong pengetua, Maryjel Cochrane.
Sebelum ini laporan menunjukkan pergaduhan 26 Oktober itu melibatkan beberapa individu, tetapi tiada mangsa lain dinyatakan dalam tuntutan mahkamah Theresa.
Penguasa pentadbir sekolah, Dr. Angela Grunewald menghantar video kepada ibu bapa dua bulan selepas insiden itu mengesahkan penyerang tertuduh tidak lagi bersekolah di Edmond Memorial.
Sumber: NY Post
