Connect with us

Antarabangsa

Pelajar sekolah diajar seks luar tabii, melancap dijadikan tugasan sekolah di UK

Kecelaruan di Barat semakin menjadi-jadi apabila kanak-kanak sekolah di United Kingdom (UK) diajar mengenai ‘seks anal’ (liwat) dan kemuncak syahwat (orgasm) sebelum mencapai umur baligh selain turut diminta ‘melancap’ sebagai tugasan sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kecelaruan di Barat semakin menjadi-jadi apabila kanak-kanak sekolah di United Kingdom (UK) diajar mengenai ‘seks anal’ (liwat) dan kemuncak syahwat (orgasm) sebelum mencapai umur baligh selain turut diminta ‘melancap’ sebagai tugasan sekolah.
  • Pendedahan mengejut mengenai plan pembelajaran rahsia di sekolah itu dibuat MailOnline yang melihat bahan mengajar grafik terbabit.
  • Pendedahan itu juga mendapati guru-guru di sekolah ‘mendoktrinkan’ maklumat palsu berkaitan biologi seks manusia di mana jantina didakwa bersifat berubah-ubah (fluid) dan bukan hanya terhad kepada lelaki atau wanita.

Kecelaruan di Barat semakin menjadi-jadi apabila kanak-kanak sekolah di United Kingdom (UK) diajar mengenai ‘seks anal’ (liwat) dan kemuncak syahwat (orgasm) sebelum mencapai umur baligh selain turut diminta ‘melancap’ sebagai tugasan sekolah.

Pendedahan mengejut mengenai plan pembelajaran rahsia di sekolah itu dibuat MailOnline yang melihat bahan mengajar grafik terbabit.

Pendedahan itu juga mendapati guru-guru di sekolah ‘mendoktrinkan’ maklumat palsu berkaitan biologi seks manusia di mana jantina didakwa bersifat berubah-ubah (fluid) dan bukan hanya terhad kepada lelaki atau wanita.

Foto: Rancangan pengajaran dari sebuah sekolah, untuk murid sekolah berumur 14 hingga 15 tahun.

Plan pembelajaran rahsia yang akhirnya terdedah itu, dibawa dengan naratif bahawa manusia dilahirkan dengan tubuh badan yang salah.

Bahan pembelajaran grafik diperoleh MailOnline itu termasuk manual seks kanak-kanak pra remaja yang diajar dalam kelas di sekolah sekitar UK.

Foto: Salah satu rancangan pelajaran mencadangkan guru ‘menunjukkan gambar lelaki dan perempuan beronani’ dan ‘mensimulasikan secara anatomi menggunakan anak patung.’

‘Aktivis guru’ ini juga dikatakan mengagihkan buku mewarna, carian perkataan dan lukisan kartun kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Foto: Buku mewarna bagi kanak-kanak seawal usia 5 tahun dengan menjemput mewarnakan Zoë, seorang bukan binari dijelaskan buku itu sebagai tidak berjantina (kiri) dan Vagina Matters turut memasukkan pencarian nama penyakit kelamin sebagai latihan dalam seks manual bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun (kanan).

Pengkritik berkata langkah itu mempunyai agenda lebih luas yang cuba menseksualkan kanak-kanak atas nama menyebarkan kebersamaan (inclusion) membabitkan kelompok songsang LGBTQ.

Di UK, Relationship Education (RE) diwajibkan di sekolah rendah, manakala Relationships and Sex Education (RSE) pula wajib dipelajari di sekolah menengah sejak September 2020.

Foto: Antara rujukan utama, sebuah buku dengan nama Great Relationshios and Sex Education popular di kalangan pendidik RSE yang menyarankan 11 hingga 13 tahun cara beronani dengan menyentuh abdomen badan lain untuk kepuasan yang lebih.

Tindakan sesetengah pihak bertungkus lumus mendoktrinkan kanak-kanak dengan maklumat sebegitu merupakan usaha memutuskan hubungan mereka dengan keluarga, lebih-lebih lagi gerakan songsang seumpamanya menampilkan ciri-ciri kultus. – The Merdeka Times

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *