Antarabangsa
Nusrat Jahan Choudhury wanita Islam pertama dilantik Hakim Persekutuan AS
Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.
- Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.
- Nusrat, 46, merupakan warga Amerika-Bangladesh pertama berkhidmat bagi jawatan sepanjang hayat itu.
- Nusrat akan berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS untuk daerah timur New York selepas dipilih Senat melalui undian tipis 50-49.
Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.
Nusrat, 46, merupakan warga Amerika-Bangladesh pertama berkhidmat bagi jawatan sepanjang hayat itu.
Menurut laporan The Guardian, Nusrat akan berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS untuk daerah timur New York.
Mengikut amalan, Hakim Persekutuan perlu diluluskan Senat yang mengesahkan pelantikan itu dalam keputusan tipis 50-49.
Seorang demokrat konservatif, Joe Manchin mengundi menentang pengesahan Nusrat kerana dia percaya beberapa komen masa lalu Nusrat membuatkannya berat sebelah terhadap penguatkuasaan undang-undang.
“Sebagai penyokong kuat anggota penguatkuasa lelaki dan wanita kita, saya menentang pencalonan Cik Choudhury,” kata Joe dalam kenyataan.
Joe juga menentang pengesahan dua lagi Hakim Persekutuan dicalonkan Presiden Joe Biden iaitu Dale Ho, seorang hakim di daerah selatan New York dan Nancy Abudu, seorang hakim di mahkamah rayuan AS untuk pusingan ke-11.
Sebelum ini, Nusrat yang juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Program Keadilan Perkauman (ACLU) mempunyai rekod prestasi memerangi pemprofilan kaum dan layanan tidak sama rata terhadap golongan miskin.
Biodata beliau di laman web ACLU berkata, “Nusrat membantu mendapatkan keputusan mahkamah persekutuan pertama yang membatalkan prosedur senarai larangan terbang kerajaan AS kerana melanggar proses sewajarnya.
“Nusrat juga memfailkan litigasi untuk mencabar tindakan profiling Jabatan Polis Bandar New York (NYPD) yang tidak wajar dan diskriminasi terhadap orang Islam untuk pengawasan, mengakibatkan perjanjian penyelesaian yang diarahkan mahkamah, dan untuk mendapatkan rekod awam tentang program pemetaan kaum dan etnik FBI,” menurut ACLU.
Sumber: The Guardian