Connect with us

Antarabangsa

Nigeria paling teruk kurang zat makanan di Afrika – NI

Nigeria merupakan negara paling tinggi bergelut masalah kekurangan zat makanan di seluruh Afrika, demikian lapor Vanguard.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nigeria paling teruk kurang zat makanan di Afrika - NI
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Nigeria merupakan negara paling tinggi bergelut masalah kekurangan zat makanan di seluruh Afrika.
  • Lebih 17 juta kanak-kanak di negara itu mengalami masalah kekurangan zat makanan. – Nutrition International (NI).
  • Masalah kekurangan zat bukan sekadar masalah kronik, namun ia juga merupakan masalah negara yang memerlukan perhatian segera. – Pengarah NI Nigeria, Dr Osita Ononkwo.

Nigeria merupakan negara paling tinggi bergelut masalah kekurangan zat makanan di seluruh Afrika, demikian lapor Vanguard.

Menurut kerajaan persekutuan serta organisasi pemakanan global, Nutrition International (NI), lebih 17 juta kanak-kanak di negara itu mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Menteri Kesihatan Persekutuan, Osagie Ehanire berkata, kekurangan zat makanan kekal sebagai masalah kesihatan awam yang ketara walaupun terdapat pelaburan yang besar.

Punca utama permasalahan itu, termasuklah amalan lemah pemakanan bayi dan kanak-kanak, kekurangan akses diet berkhasiat selamat yang kaya dengan makro dan mikronutrien, kekurangan akses penjagaan kesihatan, air dan sanitasi serta tahap kemiskinan tinggi.

“Kerajaan Persekutuan Nigeria membuat usaha bersepadu dengan kerjasama rakan pembangunan untuk mengurangkan beban kekurangan zat makanan di negara ini,” kata Pengarah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Binyerem Ukaire mewakili kementerian itu.

Pengarah NI Nigeria, Dr Osita Ononkwo mengesahkan yang masalah kekurangan zat bukan sekadar masalah kronik, namun ia juga merupakan masalah negara yang memerlukan perhatian segera.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times

Sumber: Vanguard

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *