Antarabangsa
Lelaki trans tikam bapa hingga mati
Seorang lelaki transgender ditahan atas tuduhan menikam bapanya hingga mati.
- Seorang lelaki transgender ditahan atas tuduhan menikam bapanya hingga mati.
- Michael Aaron Horwitz, 34, menikam Dr Abbey Horwitz, 64, sehingga mati di rumahnya di Virginia Beach, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
- Michael, yang dikenal pasti sebagai wanita bernama ‘Norah,’ ditahan pada 3 Jun lalu selepas polis mendapat panggilan pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah di kawasan kejiranan mewah Birdneck Point.
Seorang lelaki transgender ditahan atas tuduhan menikam bapanya hingga mati.
Menurut laporan Reduxx, Michael Aaron Horwitz, 34, menikam Dr Abbey Horwitz, 64, sehingga mati di rumahnya di Virginia Beach, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Michael, yang dikenal pasti sebagai wanita bernama ‘Norah,’ ditahan pada 3 Jun lalu selepas polis mendapat panggilan pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah di kawasan kejiranan mewah Birdneck Point.
Setibanya di tempat kejadian, pegawai menemui Dr Abbey Horwitz, 64, mengalami beberapa kesan tikaman.
Anggota kecemasan tiba di tempat kejadian dan cuba menstabilkan mangsa tetapi dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Susulan itu, Michael ditangkap dan didakwa atas pembunuhan tahap dua dan menikam dalam perbuatan jenayahnya.
Michael juga direkodkan sebagai ‘wanita’ oleh Polis Virginia Beach yang menggunakan kata ganti nama ‘she/her’ untuk merujuk kepadanya dalam siaran akhbar mereka.
Michael hadir di mahkamah pada Isnin untuk diadili atas tuduhan membunuh bapanya dan motif jenayah sehingga kini masih tidak jelas.
Mendiang bapa lelaki trans itu adalah seorang doktor gigi dan dihormati dalam kalangan penduduk setempat.
Sumber: Reduxx