Terkini
Lelaki mengamuk dipanggil ‘pak cik’, budak empat tahun jadi mangsa
Seorang pelanggan kedai makan mengamuk lalu membaling nasi serta air panas sehingga terkena seorang budak berumur empat tahun.
- Seorang pelanggan kedai makan mengamuk lalu membaling nasi serta air panas sehingga terkena seorang budak berumur empat tahun.
- Insiden itu berlaku pada 4 Jun lalu di sebuah kedai makan di Putra Height.
- “Siasatan awal mendapati pada waktu kejadian, seorang pekedai memanggil suspek lelaki sebagai ‘pak cik’. Suspek meminta pekedai untuk memanggilnya ‘abang’ atau ‘baby’. Namun pekedai masih menggunakan gelaran pak cik,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan
- Kes disiasat bawah Seksyen 352 kekerasan jenayah) dan Seksyen 506 (menakutkan secara jenayah) Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua.
Seorang pelanggan kedai makan mengamuk lalu membaling nasi serta air panas sehingga terkena seorang budak berumur empat tahun.
Insiden itu berlaku pada 4 Jun lalu di sebuah kedai makan di Putra Height.
Menurut China Press, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan berkata pemilik kedai makan itu membuat laporan polis pada 6 Jun setelah rakaman CCTV di kedai itu menjadi viral di media sosial.
“Siasatan awal mendapati pada waktu kejadian, seorang pekedai memanggil suspek lelaki sebagai ‘pak cik’. Suspek meminta pekedai untuk memanggilnya ‘abang’ atau ‘baby’. Namun pekedai masih menggunakan gelaran pak cik,” kata Wan Azlan
Apabila pekedai menyerahkan makanan dan minuman, suspek mula menjerit sambil membaling makanan dan minuman.
Dari rakaman CCTV, juga kelihatan suspek membaling kerusi.
Anak pemilik kedai itu yang berumur empat tahun terkena air panas, tetapi tidak cedera.
Wan Azlan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 352 (kekerasan jenayah) dan Seksyen 506 (menakutkan secara jenayah) Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua.
Sumber: China Press