Connect with us

Terkini

‘Leave sports alone’, Kelab bola sepak di Singapura dikritik promosikan ‘Pride Month’

Sebuah kelab bola sepak di Singapura dikritik netizen kerana mempromosikan jersi daripada koleksi ‘Pride Month’, bagi meraikan kelompok songsang LGBTQ, di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap Layar FB Balestier Khalsa Football Club.
  • Menerusi hantaran di Facebook (FB), kelab bola sepak Balestier Khalsa dilihat memuat naik beberapa foto sekumpulan remaja menggayakan persalinan jersi Pride berwarna hitam, memaparkan tulisan ‘Love Unites’ warna pelangi termasuk di bahagian lengan yang cukup sinonim dengan kelompok songsang itu.
  • Hantaran itu dikritik netizen yang meminta kelab tersebut tidak mencampur adukkan antara ideologi LGBTQ dan sukan bola sepak.
  • Tinjauan The Merdeka Times di Instagram kelab bola sepak itu juga mendapati berlaku ‘pergaduhan’ antara netizen di ruangan komen di mana ada mengkritik dan sebaliknya.
  • This sum gay ahh shit. HARAM,” kata pengguna Instagram, @mdzabeh bersama netizen lain yang menggunakan tanda pagar ‘unfollow’.
  • Pemilik akaun FB, Mohd Khair turut menulis surat terbuka kepada kelab bola tersebut yang disiarkan di laman Facebooknya.
  • “Apabila sukan kekal sebagai sukan, ianya boleh menyatukan masyarakat yang berbeza latar belakang, kepercayaan, pegangan hidup dan suku kaum. 
  • “Apabila sukan kekal sebagai sukan, tumpuan pasti akan diberikan kepada pembangunan dan peningkatan keupayaan olahraga dan bakat sukan, dan bukannya mengenai seks, seksualiti dan ideologi jantina yang rencam (tidak jelas) lagi membingungkan,” katanya.

KUALA LUMPUR — Sebuah kelab bola sepak di Singapura dikritik netizen kerana mempromosikan jersi daripada koleksi ‘Pride Month’, bagi meraikan kelompok songsang LGBTQ, di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook (FB), kelab bola sepak Balestier Khalsa dilihat memuat naik beberapa foto sekumpulan remaja menggayakan persalinan jersi Pride berwarna hitam, memaparkan tulisan ‘Love Unites’ warna pelangi termasuk di bahagian lengan yang cukup sinonim dengan kelompok songsang itu.

Foto: Tangkap Layar FB Balestier Khalsa Football Club.

Foto: Tangkap Layar FB Balestier Khalsa Football Club.

Hantaran itu menerima kritikan daripada netizen yang meminta kelab tersebut tidak mencampur adukkan antara ideologi LGBTQ dan sukan bola sepak.

Tinjauan The Merdeka Times di Instagram kelab bola sepak itu juga mendapati berlaku ‘pergaduhan’ antara netizen di ruangan komen hantaran sama di mana ada mengkritik dan sebaliknya.

“This sum gay ahh shit. HARAM,” kata pengguna Instagram, @mdzabeh bersama netizen lain yang menggunakan tanda pagar ‘unfollow’.

“Sukan adalah sukan. Sukan tiada mengena dengan #lgbt activism,” kata pengguna FB, Eugene Lum di ruangan komen hantaran itu.

“Leave sports alone. It does not deserve to go woke. Keep traditional family values,” kata pengguna FB, Akbar Azad yang juga antara pengguna FB tidak menyokong tindakan kelab itu mempromosikan jersi Pride.

Pemilik akaun FB, Mohd Khair pula menulis surat terbuka kepada kelab bola tersebut yang disiarkan di laman Facebooknya.

Menurut Khair, sukan harus kekal sebagai sukan bukan platform untuk mempromosikan ideologi kehidupan alternatif atau agenda politik yang penuh kontroversi juga menumpukan perhatian kepada seksualiti dan jantina.

“Apabila sukan kekal sebagai sukan, ianya boleh menyatukan masyarakat yang berbeza latar belakang, kepercayaan, pegangan hidup dan suku kaum. 

“Apabila sukan kekal sebagai sukan, tumpuan pasti akan diberikan kepada pembangunan dan peningkatan keupayaan olahraga dan bakat sukan, dan bukannya mengenai seks, seksualiti dan ideologi jantina yang rencam (tidak jelas) lagi membingungkan,” katanya menerusi hantaran pada Selasa.

Khair turut memetik beberapa laporan berita di luar negara yang menunjukkan arena itu menjadi berpecah-belah dan kocar-kacir apabila wujud ideologi dan aktivisme LGBTQ+ dalam sukan.

Pada 2022 dilaporkan tujuh pemain memboikot perlawanan ragbi di Australia apabila pihak kelab memutuskan pasukan mereka memakai jersi Pride walaupun tanpa persetujuan anggota pasukan lain.

Manakala pada 2023, tujuh pemain Liga Hoki Kebangsaan (NHL) menarik diri daripada memakai jersi berwarna pelangi pada malam Pride pasukan mereka.

Mengulas lanjut, Khair menegaskan kelab bola sepak seharusnya meningkatkan mutu dan prestasi di peringkat lokal, nasional juga berusaha mengharum nama negara bukannya melemahkan atau menjeratkan kaki dengan menyokong agenda mahupun ideologi politik yang tidak menyumbang kepada pembangunan arena sukan.

Beliau turut mengemukakan beberapa persoalan yang menuntut penjelasan daripada kelab terbabit terkait isu ini.

“Adakah para pemain BKFC dibenarkan buat keputusan untuk TIDAK memakai jersi ini berdasarkan kepercayaan mereka masing-masing sekiranya mereka tidak menyokong ideologi dan agenda LGBTQ+?

“Bagaimana sekiranya ada pemain yang memang tidak selesa memakai jersi LGBTQ+ tersebut? Adakah dia akan dihukum seperti pemain di beberapa negara lain? Adakah dia akan dilabel dan dipanggil dengan nama-nama seperti keras kepala, homofobik dan pengamal diskriminasi serta akan disingkirkan?” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Mohd Khair, FB Balestier Khalsa Football Club

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *