Terkini
Klinik Kesihatan daif, orang awam minta caj rawatan RM1 dinaikkan
Rata-rata netizen menuntut caj rawatan di Klinik Kesihatan kerajaan dikenakan bayaran lebih tinggi.
- Ketika ini, pesakit luar yang ingin dapatkan rawatan hanya perlu membayar RM1.00 sahaja termasuk untuk ubat-ubatan.
- Bayaran rendah ini dilihat netizen sebagai antara punca mengapa sesetengah fasilitet kesihatan di Malaysia masih daif hingga pada akhirnya memberi kesan kepada mental petugas seperti jururawat dan doktor kerana bekerja dalam keadaan tidak kondusif.
- Perkara itu dibangkitkan netizen susulan seorang pengguna Twitter, @anifaresailema membuat ciapan memaparkan keadaan Klinik Kesihatan Ampangan yang didakwa dalam keadaan daif.
- “Sudah tiba masanya naikkan bayaran untuk dapatkan rawatan di fasiliti kerajaan. RM 1 terlalu rendah untuk menampung kos-kos operasi dan naik taraf,” ulang ciap pengguna Twitter, @nstruls
- “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang daif pun. Sebab itu staff mereka selalu bising underpaid. Satu jawatan pegang dua hingga tiga punya kerja, overwork. Kalau tiada duit sangat tukar ja RM1 payment itu jadi RM5/RM10. Still lot cheaper than pergi swasta kut,” ulang ciap pengguna Twitter, @MSazriman.
KUALA LUMPUR — Rata-rata netizen menuntut caj rawatan di Klinik Kesihatan kerajaan dikenakan bayaran lebih tinggi.
Ketika ini, pesakit luar yang ingin dapatkan rawatan hanya perlu membayar RM1.00 sahaja termasuk untuk ubat-ubatan.
Bayaran rendah ini dilihat netizen sebagai antara punca mengapa sesetengah fasiliti kesihatan di Malaysia masih daif hingga pada akhirnya memberi kesan kepada mental petugas seperti jururawat dan doktor kerana bekerja dalam keadaan tidak kondusif.
Perkara itu dibangkitkan netizen susulan seorang pengguna Twitter, @anifaresailema membuat ciapan memaparkan keadaan Klinik Kesihatan Ampangan yang didakwa dalam keadaan daif.
@anifaresailema memuatnaik beberapa gambar menunjukkan kusyen kerusi di ruangan menunggu klinik berkenaan koyak dan kotor seakan ada kesan kulat.
“Design pun macam zaman purba but payment terima card sahaja padahal this neighbourhood ramai orang tua. Mostly guna cash even I yang muda pun guna cash. I kesian to the doctors yang kerja sini because datang kerja murung tengok workplace ‘barai’. They spent years to become doctors.
“In a way I am thankful I didn’t pursue medicine in Malaysia because of this. You have to layan patient yang sakit/moody so at least kalau you get a beautiful clean environment lagi you bersemangat kerja. I mean aren’t clinics and hospitals supposed to be hygienic in the first place??” ciap @anifaresailema pada Selasa lalu.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama di mana perlu menerima rawatan di klinik yang tidak kondusif.
Ada di antara mereka berkongsi rasa tidak senang melihat tandas yang tidak bersih, pintu tandas rosak, kerusi di ruangan menunggu tertanggal, kipas kurang dan bilik rawatan yang sempit hingga adakala tiga orang doktor berada di ruangan sama untuk merawat pesakit masing-masing.
“Sudah tiba masanya naikkan bayaran untuk dapatkan rawatan di fasiliti kerajaan. RM 1 terlalu rendah untuk menampung kos-kos operasi dan naik taraf,” ulang ciap pengguna Twitter, @nstruls
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang daif pun. Sebab itu staff mereka selalu bising underpaid. Satu jawatan pegang dua hingga tiga punya kerja, overwork. Kalau tiada duit sangat tukar ja RM1 payment itu jadi RM5/RM10. Still lot cheaper than pergi swasta kut,” ulang ciap pengguna Twitter, @MSazriman.
Bagaimanapun, ada juga netizen berpandangan hanya golongan benar-benar susah diberikan pengecualian caj rawatan RM1 sementara yang mampu dikenakan caj lebih tinggi.
Sumber: Twitter @anifaresailema