Connect with us

Terkini

Jangan panggil mualaf, tapi Muslim mukallaf – Pensyarah Kajian Dakwah

Sudah bertahun-tahun menjadi Muslim di Malaysia, tetapi masih lagi digelar mualaf atau saudara baru.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Jangan panggil mualaf, tapi Muslim mukallaf – Pensyarah Kajian Dakwah
Foto: Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit.
  • Sudah bertahun-tahun menjadi Muslim di Malaysia, tetapi masih lagi digelar mualaf atau saudara baru.
  • Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit berkata beliau hairan kerana hanya Malaysia sahaja masih menggunakan istilah mualaf bagi merujuk kepada golongan baru memeluk Islam.  
  • “Macam ‘made in Malaysia’ atau satu produk Malaysia”, katanya dalam ucap tama semasa sesi Bicara Dakwah Kali ke 24 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
  • Beliau berkata permasalahan itu terjadi disebabkan masalah integrasi dan perpaduan dalam kalangan Muslim sendiri yang menjadi tembok penghalang untuk membawa penjenamaan ‘Muslim mukallaf’.

KUALA LUMPUR: Sudah bertahun-tahun menjadi Muslim di Malaysia, tetapi masih lagi digelar mualaf atau saudara baru.

Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit berkata beliau hairan kerana hanya Malaysia sahaja masih menggunakan istilah mualaf bagi merujuk kepada golongan baru memeluk Islam.

Katanya, situasi itu berbeza di luar negara di mana mereka lebih jelas mendefinisikan golongan tersebut.

“Kalau kita tengok jurnal-jurnal, orang Malaysia sahaja yang menggunakan perkataan ini.

“Macam ‘made in Malaysia’ atau satu produk Malaysia”, katanya dalam ucap tama semasa sesi Bicara Dakwah Kali ke 24 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Beliau berkata istilah mualaf di Malaysia dilihat seolah-olah seperti satu penjenamaan ciptaan rakyat Malaysia sendiri bagi menggelar golongan baru memeluk Islam ini sedangkan mereka juga adalah Muslim.

“Once you convert to Islam, you are no more mualaf. You are Muslim (Bila kamu memeluk Islam, kamu bukan lagi mualaf. Kamu Muslim),” katanya.

Razaleigh berkata permasalahan itu terjadi disebabkan masalah integrasi dan perpaduan dalam kalangan Muslim sendiri yang menjadi tembok penghalang untuk membawa penjenamaan ‘Muslim mukallaf’.

“Sedangkan, integrasi adalah satu proses bagi perpaduan yang boleh diertikan sebagai satu identiti nasional,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana hendak mencapai integrasi sedangkan istilah mualaf itu sahaja sudah menunjukkan pengasingan antara golongan lahir Muslim dan Muslim baharu padahal kita semua adalah Muslim – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *