Antarabangsa
FIFA tegaskan dasar ‘toleransi sifar’ perkauman
Badan induk bola sepak FIFA akan mengambil pendekatan ‘toleransi sifar’ jika dakwaan perkauman yang menyebabkan pengabaian dua perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Isnin terbukti benar, lapor Agensi Berita Jerman.
- Badan induk bola sepak FIFA akan mengambil pendekatan ‘toleransi sifar’ jika dakwaan perkauman menyebabkan pengabaian dua perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Isnin terbukti benar.
- Perlawanan Republik Ireland bawah 21 tahun menentang Kuwait bawah 22 tahun di Austria dibatalkan selepas dakwaan seorang pemain Kuwait mengeluarkan kenyataan perkauman terhadap seorang pemain gantian Ireland.
- Perlawanan antarabangsa antara New Zealand dan Qatar, juga di Austria, dihentikan selepas Persatuan Bola Sepak New Zealand mendakwa seorang pemainnya, Michael Boxall, menerima ejekan perkauman ditujukan kepadanya pada separuh masa pertama oleh pemain Qatar.
- “FIFA mempunyai dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk diskriminasi seperti yang ditekankan minggu lalu oleh presidennya.” – Jurucakap FIFA.
LONDON: Badan induk bola sepak FIFA akan mengambil pendekatan ‘toleransi sifar’ jika dakwaan perkauman yang menyebabkan pengabaian dua perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Isnin terbukti benar, lapor Agensi Berita Jerman.
Perlawanan Republik Ireland bawah 21 tahun menentang Kuwait bawah 22 tahun di Austria dibatalkan selepas dakwaan seorang pemain Kuwait mengeluarkan kenyataan perkauman terhadap seorang pemain gantian Ireland.
Perlawanan antarabangsa pasukan senior antara New Zealand dan Qatar, juga di Austria, dihentikan selepas Persatuan Bola Sepak New Zealand mendakwa seorang pemainnya, Michael Boxall, menerima ejekan perkauman ditujukan kepadanya pada separuh masa pertama oleh pemain Qatar.
Jurucakap FIFA berkata: “FIFA sedang menunggu laporan rasmi sebelum memutuskan langkah seterusnya.
“FIFA mempunyai dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk diskriminasi seperti yang ditekankan minggu lalu oleh presidennya.”
Gianni Infantino minggu lalu berkata pengadil harus menghentikan perlawanan jika insiden diskriminasi berlaku.
Infantino membuat kenyataan itu selepas bertemu dengan skuad Brazil di Barcelona, termasuk penyerang Real Madrid Vinicius Junior yang menerima cemuhan perkauman berulang kali di Sepanyol tahun ini.
Sumber: Astro Awani