Connect with us

Antarabangsa

Bunuh 10 Dalit, tertuduh akhirnya dijatuhkan hukuman selepas 42 tahun

42 tahun selepas 10 orang Dalit ditembak mati di daerah Firozabad, Uttar Pradesh hanya kerana membuat aduan mengenai seorang pemilik kedai dari kasta lebih tinggi, mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada satu-satunya tertuduh yang masih hidup.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Bunuh 10 Dalit, tertuduh akhirnya dijatuhkan hukuman selepas 42 tahun
Foto: Tertuduh, Ganga Dayal kini berumur 90 tahun.
  • 42 tahun selepas 10 orang Dalit ditembak mati di daerah Firozabad, Uttar Pradesh, mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada satu-satunya tertuduh yang masih hidup.
  • Ganga Dayal kini berumur 90 tahun, manakala sembilan tertuduh yang lain meninggal dunia ketika perbicaraan berlarutan.
  • Pihak pendakwaan mendakwa pembunuhan beramai-ramai itu termasuk dalam kategori kes jarang berlaku, maka Ganga sepatutnya menerima hukuman mati.
  • Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon simpati atas faktor usia tertuduh.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

42 tahun selepas 10 orang Dalit ditembak mati di daerah Firozabad, Uttar Pradesh hanya kerana membuat aduan mengenai seorang pemilik kedai dari kasta lebih tinggi, mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada satu-satunya tertuduh yang masih hidup.

Memetik laporan Hindustan Times, Ganga Dayal kini berumur 90 tahun, manakala sembilan tertuduh yang lain meninggal dunia ketika perbicaraan berlarutan.

“Kes itu dipindahkan ke Firozabad pada 2021 dan telah diputuskan dengan sewajarnya,” kata peguam kerajaan daerah (DGC), Rajeev Upadhyay Priyadarshi sambil mengelak dari mengulas kelewatan dalam kes itu pada masa lalu.

“Ganga Dayal, satu-satunya tertuduh yang masih hidup dalam kes berusia 42 tahun ini masih hidup pada hari penghakiman (31 Mei 2023) dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh hakim daerah Harvir Singh,” kata Rajeev.

Keputusan itu diumumkan mahkamah daerah dan sesyen di Firozabad pada Rabu.

Ganga didapati bersalah kerana membunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan India) dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta penalti 50,000 Rupee (RM2,784.96).

Dia juga didapati bersalah kerana cubaan membunuh (Seksyen 307 Kanun Keseksaan India) dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta penalti 5,000 Rupee (RM278.50).

“Pembunuhan berlaku di kampung Sadhupur di kawasan balai polis Shihikobad pada Disember 1981,” kata Rajeev.

“Punca permusuhan adalah aduan dibuat beberapa penduduk kampung Dalit terhadap seorang pemilik kedai catuan yang membalas dendam bersama sembilan rakan dan menembak sewenang-wenangnya ke arah mereka yang sedang memasak di rumah mereka,” katanya.

Pihak pendakwaan mendakwa pembunuhan beramai-ramai itu termasuk dalam kategori kes jarang berlaku, maka Ganga sepatutnya menerima hukuman mati.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon simpati atas faktor usia tertuduh.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: Hindustan Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *