Connect with us

Terkini

Bunga Isme akan buat persembahan pembukaan konsert Coldplay

Penyanyi Malaysia, Bunga Isme dijemput untuk membuat persembahan pembukaan sempena konsert kumpulan rock British, Coldplay yang akan diadakan November depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bunga Isme akan buat persembahan pembukaan konsert Coldplay
Foto: Penyanyi Malaysia, Bunga Isme (kiri) dan kumpulan rock British, Coldplay (kanan).
  • Penyanyi Malaysia, Bunga Isme dijemput membuat persembahan pembukaan sempena konsert kumpulan rock British, Coldplay yang akan diadakan November depan.
  • Menurut laporan China Press, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari telah menerima jemputan itu dua bulan lalu. 
  • Penyanyi itu berkata dia akan membuat kira-kira 20 minit persembahan pada hari kejadian.
  • Pengumuman penganjuran konsert itu sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana vokalis utama Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ.

Penyanyi Malaysia, Bunga Isme dijemput untuk membuat persembahan pembukaan sempena konsert kumpulan rock British, Coldplay yang akan diadakan November depan.

Menurut laporan China Press, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari telah menerima jemputan itu dua bulan lalu.

Bunga meluahkan perasaan terujanya dan berkata, “saya gementar dan harap dapat melakukan yang terbaik.”

Penyanyi itu berkata dia akan membuat kira-kira 20 minit persembahan pada hari kejadian.

“Antara lagu yang saya pilih ialah Buai dan Intan Payung,” katanya.

Memandangkan Bunga kini seorang pelajar universiti, dia sangat sibuk dengan pelajarannya dan belum ada masa untuk latihan.

Namun, Bunga menyatakan dia akan mula membuat latihan selepas peperiksaan akhir semester.

Coldplay akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan, namun penganjurannya menimbulkan kontroversi kerana vokalis utamanya, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *