Antarabangsa
Biden harus cakap dengan Modi tentang perlindungan Muslim di India – Obama
Perlindungan terhadap minoriti Islam di India adalah isu yang perlu dibangkitkan dan diberi perhatian oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika dia bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
- Perlindungan terhadap minoriti Islam di India adalah isu yang perlu dibangkitkan dan diberi perhatian oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika dia bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
- Demikian pandangan pandangan bekas Presiden AS, Barack Obama dalam temu bual eksklusif dengan Ketua Antarabangsa CNN, Christiane Amanpour di Greece pada Khamis, sejajar lawatan rasmi Modi ke Rumah Putih.
- “Jika Presiden (Joe Biden) bertemu dengan PM Modi, maka perlindungan minoriti Islam dalam majoriti Hindu India adalah sesuatu yang patut disebut… jika anda tidak melindungi hak etnik minoriti, ada kemungkinan besar India mula menarik diri dan terpisah,” katanya.
- Bagi AS, Modi, sebagai pemimpin demokrasi paling ramai penduduk di dunia, dilihat sebagai pengimbang penting kepada pengaruh China, selain Obama mengakui lumrah presidensi (tanggungjawab presiden) adalah ‘rumit’.
Perlindungan terhadap minoriti Islam di India adalah isu yang perlu dibangkitkan dan diberi perhatian oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika dia bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Demikian pandangan pandangan bekas Presiden AS, Barack Obama dalam temu bual eksklusif dengan Ketua Antarabangsa CNN, Christiane Amanpour di Greece pada Khamis, sejajar lawatan rasmi Modi ke Rumah Putih.
Membincangkan kerumitan pertemuan dengan pemimpin dunia sebagai sebahagian tanggungjawab presiden AS, Obama mengakui dalam temu bual itu bahawa semasa berkuasa, beliau juga terpaksa melibatkan diri dengan pemimpin yang kadangkala tidak dipersetujuinya.
Ketika ditanya mengenai Modi yang dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai hanyut ke arah autoritarianisme, Obama berkata, terdapat pelbagai kepentingan dan keutamaan yang perlu dipertimbangkan.
Walaupun sesetengah sekutu mungkin tidak mentadbir atau menjalankan parti politik mereka dengan cara ideal dan demokratik, beliau mengakui ia adalah keperluan untuk melibatkan diri dengan mereka.
“Jika Presiden (Joe Biden) bertemu dengan PM Modi, maka perlindungan minoriti Islam dalam majoriti Hindu India adalah sesuatu yang patut disebut… jika anda tidak melindungi hak etnik minoriti, ada kemungkinan besar India mula menarik diri dan terpisah,” katanya.
Bagi AS, Modi, sebagai pemimpin demokrasi paling ramai penduduk di dunia, dilihat sebagai pengimbang penting kepada pengaruh China, kata Obama.
Selain itu, Obama juga mengakui lumrah presidensi (tanggungjawab presiden) adalah ‘rumit’.
Mengakui kerjasama dengan Modi mengenai iklim perubahan dan bidang lain, Obama memetik keperluan menangani kebimbangan mengenai demokrasi India dalam perbualan diplomatik.
Beliau juga menekankan kemungkinan akibat tidak melindungi hak etnik minoriti di India dan menekankan risiko konflik dalaman di negara terbabit.
Sumber: The News Minute