Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Berbasikal dalam keadaan bogel di Perarakan Pride AS

Perarakan Pride Seattle Ahad lalu di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan persembahan perarakan sekumpulan lelaki dewasa berbogel sambil berbasikal di sepanjang jalan tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berbasikal dalam keadaan bogel di Perarakan Pride AS
Foto: Gambar persembahan perarakan sekumpulan lelaki dewasa berbogel sambil berbasikal di Perarakan Pride Seattle, Amerika Syarikat (AS).
  • Perarakan Pride Seattle Ahad lalu di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan persembahan perarakan sekumpulan lelaki dewasa berbogel sambil berbasikal di sepanjang jalan perarakan itu.
  • Selain itu, mereka juga dikatakan turut menampilkan dekorasi yang tertulis: ‘Cabar (perasaan) malu pada badan, (terus) bina harga diri.’

Perarakan Pride Seattle Ahad lalu di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan persembahan perarakan sekumpulan lelaki dewasa berbogel sambil berbasikal di sepanjang jalan tersebut.

Foto: Tangkap layar akaun twitter @RepMTG

Daily Mail Online melaporkan, ada di antara pembawa basikal mewarnakan badan mereka dengan warna bendera pelangi, sambil melambai dan bertegur sapa kepada hadirin di perarakan tersebut.

Biarpun ramai penonton dalam kalangan kanak-kanak, penonton di tepi jalan tetap bertepuk dan bersorak, meraikan kumpulan dewasa yang berbogel itu.

Tangkap layar akaun Twitter @OliLondonTV

Selain itu, mereka juga dikatakan turut menampilkan dekorasi yang tertulis: ‘Cabar (perasaan) malu pada badan, (terus) bina harga diri.’

Defend Female Sex Based Rights.’ 

Manakala di Perarakan Pride Washington Square, seorang aktivis dengan sepanduk bertulis ‘Pertahankan hak wanita berasaskan jantina’ telah dikasari sekumpulan peserta perhimpunan.

Ada peserta perhimpunan bertindak menolak kepalanya menggunakan cawan serta yang lain pula bertindak merampas dan merosakkan sepanduk yang dipegangnya.

Sumber: Daily Mail Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *