Connect with us

Antarabangsa

20 terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan keganasan antara pengembala dan komuniti petani di sebuah negeri di tengah-utara Nigeria, kata Polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

20 terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah
Foto: Sebuah rumah terbakar berikutan serangan di Mangu, Nigeria.
  • Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan keganasan antara pengembala dan komuniti petani di sebuah negeri di tengah-utara Nigeria, kata Polis.
  • Negeri Plateau terletak di bahagian utara Nigeria yang kebanyakannya mereka yang beragama Islam, manakala di bahagian selatan pula didominasi penganut Kristian.
  • Menurut Jurucakap Polis Plateau Alfred Alabo, serangan berkenaan membabitkan golongan pengembala bersenjata yang menyerang komuniti petani di daerah Barkin Ladi di Plateau.
  • “Laporan mendapati kira-kira 15 orang terkorban dan lima lagi telah dikebumikan, menjadikan jumlah keseluruhan 20 orang,” katanya.
  • Jumaat lalu, lima pengembala terbunuh ketika mereka membawa lembu ke pasar manakala lapan petani kemudian terbunuh dalam serangan balas. Polis kemudian mengesahkan seramai 13 orang maut dalam serangan terbabit.

NIGERIA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan keganasan antara pengembala dan komuniti petani di sebuah negeri di tengah-utara Nigeria, kata Polis.

Negeri Plateau terletak di bahagian utara Nigeria yang kebanyakannya mereka yang beragama Islam, manakala di bahagian selatan pula didominasi penganut Kristian.

Menurut Jurucakap Polis Plateau Alfred Alabo, serangan berkenaan membabitkan golongan pengembala bersenjata yang menyerang komuniti petani di daerah Barkin Ladi di Plateau.

“Laporan mendapati kira-kira 15 orang terkorban dan lima lagi telah dikebumikan, menjadikan jumlah keseluruhan 20 orang,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Negeri Plateau Caleb Manasseh Mutfwang mengutuk serangan terbabit dan menggesa pasukan keselamatan menghentikan serangan dan pembakaran harta benda yang kejam itu.

Jumaat lalu, lima pengembala terbunuh ketika mereka membawa lembu ke pasar manakala lapan petani kemudian terbunuh dalam serangan balas. Polis kemudian mengesahkan seramai 13 orang maut dalam serangan terbabit.

Bahagian barat laut dan tengah Nigeria menyaksikan persengketaan yang berterusan susulan perebutan tanah dan air antara pengembala dan komuniti petani.

Sejak pertengahan Mei lalu, sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dalam pertempuran antara komuniti di Plateau dan lebih 3,000 orang hilang tempat tinggal.

Pihak berkuasa tempatan telah mengerahkan polis di beberapa daerah dalam usaha memulihkan keamanan.

Presiden Nigeria yang baru, Bola Tinubu, mengangkat sumpah pada penghujung Mei bagi menggantikan pegawai tertinggi tentera dan keselamatan untuk membantu negara itu menangani pelbagai masalah keselamatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *