Antarabangsa
Tujuh guru maut insiden tembakan di sekolah
Sekurang-kurang tujuh guru maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di barat laut Pakistan, semalam.
- Sekurang-kurang tujuh guru maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di barat laut Pakistan, semalam.
- Kejadian itu menyusuli satu serangan terdahulu yang mengakibatkan seorang guru turut ditembak mati.
- Menurut pegawai, kedua-dua insiden terbabit berlaku di kawasan Parachinar dalam daerah Kurram, berhampiran sempadan Afghanistan, pada hari sama.
- Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri wilayah itu, ia dipercayai membabitkan pertelingkahan berkaitan harta, manakala Pesuruhjaya wilayah pula berkata permusuhan antara puak dilihat sebagai punca kejadian.
DERA ISMAIL KHAN: Sekurang-kurang tujuh guru maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di barat laut Pakistan, semalam.
Kejadian itu menyusuli satu serangan terdahulu yang mengakibatkan seorang guru turut ditembak mati.
Menurut pegawai, kedua-dua insiden terbabit berlaku di kawasan Parachinar dalam daerah Kurram, berhampiran sempadan Afghanistan, pada hari sama.
Beberapa pihak berkuasa wilayah memaklumkan motif berbeza berhubung pembunuhan itu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri wilayah itu, ia dipercayai membabitkan pertelingkahan berkaitan harta, manakala Pesuruhjaya wilayah pula berkata permusuhan antara puak dilihat sebagai punca kejadian.
Pesuruhjaya, Saiful Islam memberitahu Reuters bahawa guru dibunuh dalam insiden pertama adalah ahli Sunni, manakala mereka yang ditembak mati dalam serangan kedua pula golongan Syiah.
“Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada kejadian kedua itu merupakan tindak balas atas insiden pertama,” katanya.
Polis tempatan memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes terbabit. – Agensi
Sumber: Berita Harian