Connect with us

Antarabangsa

Trump berang didenda atas kesalahan serangan seksual

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik keputusan juri New York terhadapnya berhubung serangan seksual, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Trump berang didenda atas kesalahan serangan seksual
Foto: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
  • Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik keputusan juri New York terhadapnya berhubung serangan seksual, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
  • “Keputusan ini memalukan. Ia adalah kempen berterusan untuk menentangnya,” tulis Trump pada Rabu di platform Truth Social.
  • Calon presiden itu berkata: “Saya sama sekali tidak mengenali wanita ini” merujuk kepada plaintif E. Jean Carroll yang menuduhnya merogolnya di sebuah gedung mewah New York pada pertengahan 1990-an.
  • Dalam perbicaraan sivil di sini pada Rabu, juri mengarahkan Trump membayar US$5 juta sebagai pampasan ke atas serangan seksual dan fitnah.

NEW YORK, 10 Mei (Bernama-Agencies) – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik keputusan juri New York terhadapnya berhubung serangan seksual, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

“Keputusan ini memalukan. Ia adalah kempen berterusan untuk menentangnya,” tulis Trump pada Rabu di platform Truth Social.

Calon presiden itu berkata: “Saya sama sekali tidak mengenali wanita ini” merujuk kepada plaintif E. Jean Carroll yang menuduhnya merogolnya di sebuah gedung mewah New York pada pertengahan 1990-an.

Trump menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

Dalam perbicaraan sivil di sini pada Rabu, juri mengarahkan Trump membayar US$5 juta sebagai pampasan ke atas serangan seksual dan fitnah.

Bagaimanapun, tuduhan merogol ditolak.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *