Antarabangsa
Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20
Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India meningkat kepada 20 setakat ini.

- Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India meningkat kepada 20 setakat ini.
- Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7), menurut Xinhua.
- Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.
- Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata, dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.
- Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain.
NEW DELHI, 17 Mei (Bernama-Xinhua): Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India meningkat kepada 20 setakat ini.
Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7), menurut Xinhua.
Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.
Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata, dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.
Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain.
Sementara itu, amaran dikeluarkan di kedua-dua daerah, dalam usaha menjauhkan orang ramai daripada meminum minuman keras.
Beberapa individu lain juga ditahan kerana didakwa terbabit dalam pengedaran arak haram di negeri ini.
Ketua Menteri M.K. Stalin menyuarakan rasa terkejut dengan berita kematian itu dan mengumumkan pampasan sebanyak AS$12,150 (RM55,000) kepada setiap keluarga mangsa yang maut, dan AS$607 (RM2,745) kepada setiap orang yang menjalani rawatan di hospital.
Sumber: Bernama
